Thursday, 12 February 2015

Brunei Darussalam

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa saya bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia, tentunya sudah tidak terkira betapa kerapnya saya terbang masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Kesemua penerbangan tersebut adalah day trip (balik hari) dan kami anak-anak kapal tidak tidur di Brunei.

Pada tahun 2007, saya berkesempatan berkunjung ke Brunei sementelah menemani sahabat saya yang mempunyai urusan di sana. Masih segar di ingatan semasa kunjungan saya itu, rakyat Brunei sedang dalam 'mood' meraikan majlis perkahwinan DiRaja. Majlis itu ibarat seperti pesta kerana bermacam-macam majlis keraian diadakan sepanjang beberapa hari ia berlangsung.


Menaiki pesawat A319 Royal Brunei Airlines dari Kuala Lumpur.

Gambar Kiri : Doa menaiki pesawat.

Gambar kanan : Demostrasi keselamatan
.

Bahasa Melayu Brunei.

Gambar Atas Kiri : Bilik Suite bernombor 2611 yang kebetulan sama dengan tarikh lahir saya.

Gambar Atas Kanan : Ruang tamu.

Gambar bawah : Bilik air.

Pemandangan dari balkoni bilik hotel
The Empire Hotel & Country Club.

Gambar Atas : Pemandangan luar dari balkoni bilik.

Gambar Bawah : Hidangan sarapan.

Pemandangan yang mendamaikan.


Hotel yang begitu besar bak seperti istana.

Gambar Atas : Lelaki berbaju hijau paling kanan ialah pereka fesyen terkenal Bernard Chandran.

Gambar bawah : Balkoni paling atas sebelah kanan ialah bilik suite yang saya dan sahabat menginap.

Berjalan-jalan di sekitar hotel yang besar ini boleh memakan masa berjam-jam lamanya.

Bahagian luar hotel The Empire Hotel & Country Club.

Selain pusat permainan boling, panggung wayang turut terdapat di sini. Jika tidak silap, saya menonton filem Shrek di sini.

Terdapat beberapa butik di Empire Arcade.

Antara masjd besar yang terdapat di Brunei.

Menaiki bot pada sebelah petang sambil melihat persekitaran Kampung Ayer.

Bot menyusuri Kampung Ayer.

Kepada anda yang berminat untuk melancong ke Brunei, saya sarankan anda mencuba makanan tradisional tempatan iaitu 'ambuyat'. Saya tidak dapat kongsikan dengan para pembaca gambar semasa saya menikmati ambuyat di salah sebuah restoran di sana kerana gambar tersebut hilang dari simpanan saya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

5 comments:

  1. Terima kasih kepada puan penulis blog. Saya sangat suka membaca blog ini kerana setiap gambar diterangkan. Amat berguna pada saya yang Kurang Upaya Penglihatan ini. Sekurang-kurangnya saya tahu gambar yang diletakkan di dalam blog ini. Saya juga rasa seronok kerana menemui blog bekas seorang pramugari MAS yang amat saya minati cara penampilan, layanan dan komunikasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta Emas : Saya terharu dengan pujian yang diberikan. Apa yang saya sampaikan di sini (sejak saya mula berkecimpung di dalam dunia blog) adalah atas dasar minat dan ikhlas untuk berkongsi pengalaman, dan tips melancong dengan pembaca yang lain. Terima kasih banyak, dan harap CIk Tinta Emas akan terus mengikuti perkembangan saya. :)

      Delete
  2. Insya-Allah saya akan selalu ikuti perkembangan blog ni sebab saya juga suka melancong walaupun tidak dapat melihat keindahan sesuatu tempat. Tapisaya boleh merasai keindahan tersebut dengan deria lain yang Tuhan bagi. Saya harap CK bukan saja akan berkongsi tip melancong tetapi turut kongsikan pengalaman menjadi pramugari sedari awal menceburi bidang tersebut. Kerana saya sukakan kerjaya tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinta Emas : Sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blog sejak dari tahun 2010, banyak juga entri mengenai kerjaya pramugari dan tempat-tempat menarik yang saya berpeluang pergi (semasa dengan MAS) yang saya kongsikan di sini. Kalau ada kelapangan saudari kena cuba "intai' entri saya yang terdahulu. :)

      Delete
  3. Hahaha... Ya, saya sedang mengintai ni dari awal tulisan Cik Canon bila ada kelapangan. Blog yang menarik. Sayapun teruja nak pergi ke tempat-tempat yang diceritakan.

    ReplyDelete