Wednesday, 1 May 2013

Makan - Makan Dan Bersama Keluarga di SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Di sini saya kongsikan gambar - gambar makanan yang saya dan suami nikmati sepanjang kami berada di Singapura.

Akhirnya dapat juga saya membeli Prosperity Burger dari McDonald's yang sudah 4 tahun tidak saya jamah kerana dalam tempoh itu saya tidak datang berkunjung ke Singapura.
Saya juga menggalakkan kepada mereka yang bakal datang ke Kota Singa untuk mencuba salah satu menu kegemaran saya setiap kali datang ke Singapura iaitu Beef Steak Goreng.

Chilli Crab
adalah menu yang paling popular di Singapura dan merupakan kegemaran para pelancong asing.
Sebut sahaja Singapura, Chilli Crab yang pertama diingati oleh pelancong asing. Seperti contoh tahun lalu, seorang peserta MasterChef Australia telah menunjukkan kebolehan memasak Singapore Chilli Crab dan sekaligus layak ke peringkat seterusnya. Beliau bukan berasal dari Asia sebaliknya 'orang putih'!.

Gambar di bawah burger ialah Beef Steak Goreng dan gambar tengah kanan ialah Chilli Crab



Bersama Keluarga 






No comments:

Post a Comment