Sunday, 19 May 2013

HONG KONG 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya berasa sangat gembira apabila dapat kembali semula ke Hong Kong setelah hampir lima tahun tidak ke sana. Hong Kong merupakan negara di Asia yang paling menjadi kegemaran saya selain India.
Walaupun saya dan suami sudah banyak kali datang ke Hong Kong, namun setiap kunjungan demi kunjungan tidak pernah menjemukan apatah lagi pada kali ini kami berada di Hong Kong agak lama dari kebiasaannya.

Gambar atas dan tengah : Pesawat bakal membuat penerbangan turun

Gambar bawah : Pesawat baru sahaja mendarat

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Membeli kad sim prabayar untuk kemudahan komunikasi kami semasa di sini

Gambar atas : Apabila ternampak kedai kopi Starbucks, kami pun bergegas membeli mug dan bekas air (tumbler) untuk menambah lagi koleksi peribadi


Gambar bawah :  Restoran ayam goreng Popeyes yang halal terletak di balai berlepas tingkat 7

Menggunakan perkhidmatan Vigor Airport Shuttle dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ke hotel tempat kami menginap . Untuk maklumat lanjut sila ke www.vigorholding.com.

Teruskan bersama Terjemahan Hati untuk mengikuti catatan perjalanan saya sepanjang berada di Hong Kong.

2 comments:

  1. ate, gamak nya ada berapa puluh mug starbucks kat rumah? boleh bukak kedei gamaknya? ::))

    ReplyDelete
  2. sazsaz : Belum kira sebab memang banyak. Bukan kedei, tapi muzium :)

    ReplyDelete