Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Saya berasa sangat gembira apabila dapat kembali semula ke Hong Kong setelah hampir lima tahun tidak ke sana. Hong Kong merupakan negara di Asia yang paling menjadi kegemaran saya selain India.
Walaupun saya dan suami sudah banyak kali datang ke Hong Kong, namun setiap kunjungan demi kunjungan tidak pernah menjemukan apatah lagi pada kali ini kami berada di Hong Kong agak lama dari kebiasaannya.
|
Gambar atas dan tengah : Pesawat bakal membuat penerbangan turun
Gambar bawah : Pesawat baru sahaja mendarat | |
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong |
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong |
|
Membeli kad sim prabayar untuk kemudahan komunikasi kami semasa di sini |
|
Gambar atas : Apabila ternampak kedai kopi Starbucks, kami pun bergegas membeli mug dan bekas air (tumbler) untuk menambah lagi koleksi peribadi
Gambar bawah : Restoran ayam goreng Popeyes yang halal terletak di balai berlepas tingkat 7 |
|
Menggunakan perkhidmatan Vigor Airport Shuttle dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ke hotel tempat kami menginap . Untuk maklumat lanjut sila ke www.vigorholding.com. |
Teruskan bersama Terjemahan Hati untuk mengikuti catatan perjalanan saya sepanjang berada di Hong Kong.
ate, gamak nya ada berapa puluh mug starbucks kat rumah? boleh bukak kedei gamaknya? ::))
ReplyDeletesazsaz : Belum kira sebab memang banyak. Bukan kedei, tapi muzium :)
ReplyDelete