Tuesday, 21 May 2013

Hong Kong MTR

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai Hong Kong, di sini saya mulakan dahulu dengan berkongsi gambar pengangkutan awam yang paling kerap saya dan suami gunakan selain bas dan teksi iaitu keretapi atau lebih dikenali sebagai MTR (Mass Transit Railway).

Setiap hari shuttle percuma dari hotel akan membawa kami ke stesen Hong Kong. Stesen ini terletak di International Finance Centre (IFC).


IFC merangkumi menara satu dan dua (One IFC & Two IFC) dan disebelahnya ialah IFC Mall (gambar paling atas) dan terdapat butik - butik mewah, restoran, kafe serta hotel bertaraf 5 bintang iaitu Four Seasons Hotel.
Untuk lebih jelas, saya letakkan di sini gambar bangunan IFC. Menara dua iaitu Two IFC telah disenaraikan sebagai bangunan nombor dua tertinggi di Hong Kong. Gambar sumber dari Michael Hansen. Saya tidak dapat merakamkan gambar secantik ini kerana sepanjang berada di Hong Kong hampir setiap hari hujan turun.

Gambar atas : Stesen Hong Kong

Gambar tengah : Plak tanda perasmian laluan keretapi yang menghubungkan stesen Hong Kong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Gambar bawah : Pengguna MTR perlu berjalan kaki lebih kurang 10 hingga 15 minit dari Stesen Hong Kong ke stesen Central
Gambar atas : Gambar yang dirakamkan ketika bukan waktu puncak dan boleh dikira berapa puluh orang sahaja berada di dalam gambar ini. Jika waktu puncak, laluan ini dipenuhi dengan lautan manusia.

Gambar tengah dan bawah : Tiba di
Central Station
Gambar atas : Peta keseluruhan laluan MTR di Hong Kong

Gambar tengah dan bawah : Menaiki MTR dari stesen Central untuk ke Kowloon dan turun ke stesen Tsim Sha Tsui

Gambar atas : Semasa MTR bergerak, lampu akan bertukar dari stesen ke stesen sekaligus memberikan rujukan kepada para penumpang khususnya bagi pelancong yang tidak begitu biasa dengan peta di Hong Kong. Baru beberapa tahun lepas, MRT di Singapura juga turut mengambil langkah yang sama iaitu dengan memasang peta berlampu seperti MTR di Hong Kong.

Gambar bawah : Stesen Tsim Sha Tsui di Nathan Road

Gambar atas : Merakamkan gambar pada awal pagi ketika kabin MTR masih kosong

Gambar bawah : Kabin MTR sudah penuh dengan penumpang

Seperti yang anda lihat di salah satu gambar di atas, saya turun dari MTR di stesen Tsim Sha Tsui di Nathan Road. Di sekitar kawasan inilah tempat di mana menjadi kebiasaan bagi saya membeli belah.

7 comments:

  1. ace tunjuk gambo baju light blue tu penuh2. lawa pulak nampak nya. lawa wooo handbag biru tu

    *ketika bukan waktu puncak* = boleh shorten macm ni acu: di luar waktu puncak

    ReplyDelete

  2. Salam Singgah dari blog kak nisah..
    Hai kak sherry..
    Klu kat kolumpo ni MRT tu mcm LRT @ Star la kan..
    Dah lama tak nek pengangkutan awam ni..

    Salam kenal dr cma :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sazsaz : Ooo gambar penuh baju tu kena tunggu cerita yg akan datang. Terima kasih,baju ni saya beli di Bandung dan handbag dari Longchamp.

    Cma : Wsalam dik. Betul tu, kalau di KL sama macam LRT dan STAR.Di Singapura dipanggil MRT dan di Hong Kong MTR. Kak Shery masa tinggal di Malaysia pun jarang guna pengangkutan awam sebab kualiti pengangkutan awam di Malaysia masih tak bagus untuk kemudahan rakyat. Tapi di luar negara seperti contoh di Australia, Kak Shery kerap juga guna pengangkutan awam sebab di kebanyakan kawasan pusat bandar, keretapi,bas dan trem disediakan percuma.
    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. Jauh beza dgn our public transport kan..
    Masa di OZ, segala public transport saya naik zaman2 student dulu, name it..train, ferry, buses...sgt efektif :)

    Saya baru tahu pasal building IFC tu lepas baca entry ni :) TQ

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Daddy Ziyyad : Ye, di Oz public transport percuma atau berbayar semuanya bagus.Dulu belajar di Uni mana di Oz? Memang jauh sangat perbezaan dengan public transport di Malaysia.Yang berbayar pun tak memuaskan.Macam mana nak diberikan percuma.:)

    Saya ada singgah ke blog Macam - Macam Ada.Paling best bila baca dan tengok gambar-gambar mengenai 'Bolehland'.:)

    ReplyDelete