Circular Quay terletak di pinggir utara pusat bandar Sydney iaitu di Sydney Cove, antara Point Bennelong dan The Rocks. Ia merupakan hab pengangkutan utama di Sydney yang menempatkan terminal feri, stesen keretapi dan stesen bas.
Circular Quay merupakan lokasi popular untuk pelancongan dan terdiri daripada laluan pejalan kaki, taman-taman dan restoran. Stesen keretapi di sini adalah satu-satunya stesen di laluan City Circle yang berada di atas tanah. Platform ini menghadap ke terminal feri yang menyediakan pemandangan Sydney Harbour dan Sydney Opera House.
Gambar pemandangan Circular Quay yang saya rakamkan pada lewat petang. |
No comments:
Post a Comment