Queen Victoria Building (QVB), adalah sebuah bangunan yang direka oleh arkitek kelahiran Edinburgh iaitu George McRae. Ia dibina antara tahun 1893 dan 1898 bercirikan seni bina Romanesque dengan saiz bangunan ialah 30 meter lebar dan 190 meter panjang.
Kini QVB menempatkan pusat membeli belah, restoran dan kafe. Anda boleh layari ke
www.qvb.com.au untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sejarah, senarai premis dan waktu urusniaga.
Di hadapan pintu masuk QVB yang menghala ke Druitti Street. |
Saya kagum melihat jam yang bertulis 'Ipoh Limited Sydney'. |
Pintu lif yang antik. |
Entah mengapa saya tidak jemu merakamkan gambar jam besar ini. |
Setiap kali melangkah masuk ke QVB, fikiran saya tidak boleh lari dari mengingatkan Hotel Marriott Union Station di St Louis Amerika Syarikat yang pernah saya menginap pada tahun lalu. Persamaan dari segi motif senibina membuatkan saya mahu anda melihat sendiri gambar-gambarnya yang pernah saya kongsikan di dalam blog ini.
http://sharery.blogspot.com.au/2012/12/hotel-marriot-union-station-st-louis.html
http://sharery.blogspot.com.au/2012/12/hotel-marriott-union-station-st-louis.html
No comments:
Post a Comment