Friday 15 March 2019

Bertemu Pemain Hoki Ais NHL Vancouver Canucks (November 2018)

Pada 25 November 2018, sekali lagi saya berpeluang bertemu dengan salah seorang pemain hoki ais NHL dari pasukan kegemaran saya, Vancouver Canucks iaitu Sven Baertschi. Sesi bertemu dengan peminat ini diadakan di kedai coklat ternama Lindt di Vancouver. Selain dapat bergambar dengan pemain sayap kiri Sven Baertschi, para peminat menerima poskad yang ditandatangani oleh beliau dan juga coklat dari Lindt. Saya dan suami turut menyertai cabutan bertuah di mana hadiah yang bakal diberi ialah sepasang tiket untuk menyaksikan perlawanan antara Vancouver Canucks dan Los Angeles Kings pada 27 November 2018. Bakal pemenang bertuah akan diberitahu oleh pihak penaja melalui panggilan telefon pada keesokan hari.

Pertemuan dengan Sven Baertschi merupakan pertemuan buat kali ketiga saya dengan pemain Vancouver Canucks di dalam tahun 2018. Pada kali pertama, saya berjumpa dengan dua orang pemain sekaligus di dalam sesi bertemu peminat yang dianjurkan oleh Microsoft Vancouver. Artikel dan video mengenai pertemuan tersebut boleh dibaca di dalam artikel di bawah ini;
http://sharery.blogspot.com/2018/08/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html?q=vancouver+canucks
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran
You Tube Shery NN ; https://youtu.be/qA32RXO35Ec

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN 

No comments:

Post a Comment