Sunday 10 March 2019

Musim Luruh Di Washington (November 2018)

Artikel pada kali ini saya kongsikan gambar-gambar di negeri Washington, Amerika Syarikat pada bulan November tahun lalu. Biasanya apabila berada di Seattle, saya hanya berjalan kaki sahaja untuk ke menara terkenal Space Needle tetapi ketika kunjungan pada musim luruh yang lalu, saya menaiki monorel buat kali kedua untuk ke sana. Pada malam itu, boleh dikatakan suasana persekitaran agak tenteram serta tidak ramai pelancong dan agak senang untuk saya rakamkan video dalam keadaan sebegini. Ia berbeza semasa saya menaiki monorel pada musim perayaan tahun 2016. http://sharery.blogspot.com/2017/01/monorel-seattle.html

Hari Veteren disambut pada 11 November setiap tahun di Amerika Syarikat oleh kerana itu banyak tempat di sini telah mengibarkan bendera. Manakala di Kanada pula, Hari Peringatan turut disambut pada tarikh yang sama setiap tahun justeru saya dan suami menyematkan bunga popi di baju selama beberapa minggu. Ia merupakan tanda simbolik sempena memperingati mereka yang meninggal dunia semasa Perang Dunia.

Video pertama dirakamkan semasa menaiki monorel dari stesen Westlake Center ke stesen Seattle Center (Space Needle) manakala video kedua ialah perjalanan pulang semula ke stesen West Lake Center.


Kedua video di atas boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/xQdCT64ur3ghttps://youtu.be/2QvVtoRKJKY

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment