Sunday 26 August 2018

Bertemu Pemain Hoki Ais NHL Vancouver Canucks (Februari 2018)

Saya meminati sukan hoki ais NHL (National Hockey League) sejak tinggal di Kanada. Pasukan kegemaran dan yang saya sokong tentulah dari Vancouver iaitu Vancouver Canucks. Saya mengikuti segala perkembangan melalui beberapa laman sosial pasukan ini. Pada suatu hari saya melihat di Twitter yang dua orang dari pemain akan bertemu dengan 100 peminat bertuah di satu majlis yang dianjurkan oleh Microsoft di sebuah pusat membeli belah di Vancouver. Para peminat tidak perlu memasuki sebarang pertandingan, sebaliknya hanya datang dan berbaris awal. Saya ialah peminat yang ke enam yang berbaris di hadapan Microsoft. Jika tidak silap, saya datang lebih kurang satu setengah jam awal dari waktu majlis bermula.

Dua pemain Vancouver Canucks yang dapat saya temui ialah Bo Horvat (pemain tengah) dan Jacob Markstrom (penjaga gol). Bo berasal dari Ontario, Kanada manakala Jacob berasal dari Sweeden. Gambar dirakamkan oleh jurugambar profesional dan kami turut mendapat dua keping poster yang telah ditandatangani. Anda boleh tonton video yang telah saya muat naik di bawah ini di mana saya berkesempatan rakamkan ketibaan Bo dan Jacob. Tentunya ia adalah satu pengalaman manis bagi saya dan saya berharap di masa akan datang dapat bertemu dengan para pemain yang lain pula.
Saya berkesempatan merakamkan video ketibaan Bo Horvat dan Jacob Markstrom di Microsoft. Jika terdapat kesulitan untuk menonton video di atas, anda boleh terus menonton di saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/vUMaGDt_L44

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment