Sunday 19 August 2018

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita (Tokyo)

Sepatutnya artikel mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Narita perlu di bahagikan kepada dua bahagian kerana banyak gambar dan tips yang perlu saya kongsikan. Malang sekali ratusan gambar dan video yang dirakamkan telah hilang di dalam simpanan. Gambar di bawah ini saya dapatkan kembali melalui simpanan Instagram di mana saya pernah siarkan di bahagian IG Story.

Setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, kesemua penumpang menaiki bas ke bangunan terminal. Setelah tiba di sana, saya terus ke tempat penukaran terminal untuk sambungan penerbangan antarabangsa. Tanpa melengahkan masa saya menuju ke kemudahan bilik rehat/tidur dan bilik mandi. Bayaran dikenakan berbeza mengikut pakej yang telah ditetapkan. Saya mengambil pakej menggunakan bilik mandi selama 30 minit. Di dalam bilik mandi telah disediakan syampu,sabun,alat pengering rambut dan tuala. Walaupun bilik air ini sangat sempit tetapi ia sangat bersih dan cukup untuk memuatkan sebuah bagasi kecil. Oleh kerana penerbangan yang saya ambil sangat lama dan mengambil masa beberapa hari yang bermula dari Ipoh, maka saya turut membawa pakaian salinan. Selesai membersihkan diri, baru saya mengalas perut dengan membeli burger udang dari McDonald's. Waktu transit semasa di Tokyo ialah lebih kurang 3 jam.
Artikel mengenai penerbangan dari Tokyo ke San Francisco dan berakhir di Vancouver akan disiarkan selepas ini.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment