Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh
6 Februari 2018
TR 483 Ipoh - Singapura
Pesawat yang sepatutnya berlepas dari Singapura terkandas di Lapangan Terbang Changi Singapura akibat dari insiden kapal terbang terhempas semasa pertunjukan udara Singapura. Pada mulanya saya begitu risau kerana syarikat penerbangan tidak boleh memberikan kata putus pukul berapa penerbangan itu akan berlepas dan tiba di Ipoh. Saya takut sekiranya penerbangan akan dibatalkan kerana saya mempunyai beberapa lagi penerbangan bersambung yang bermula dari Singapura sebelum berakhir di Vancouver. Ada beberapa penumpang lain yang mengambil keputusan menaiki kenderaan sendiri ke Kuala Lumpur sebelum mereka menaiki penerbangan dari KLIA ke Singapura. Kakitangan Scoot memberi keyakinan penerbangan ini tidak akan dibatalkan cuma waktu ketibaan dan berlepas belum disahkan. Setelah menunggu selama dua jam, akhirnya penerbangan TR 483 berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
Lapangan Terbang Changi Singapura
Selepas mengambil bagasi, saya kemudian naik semula ke balai berlepas di terminal yang sama iaitu Terminal 2 untuk urusan daftar masuk awal (early check-in) di kaunter All Nippon Airways bagi penerbangan seterusnya iaitu Singapura - Tokyo - San Francisco - Vancouver. Setelah selesai segala urusan, baru saya dapat menikmati makan lewat malam.
7 Februari 2018
NH 802 Singapura - Tokyo
Waktu berlepas dijangka pada jam 6:35 pagi. Saya menghabiskan waktu sepanjang malam berjalan-jalan di bangunan terminal. Saya akan menyelaraskan dan mengembalikan waktu tidur (body clock) supaya tidak menghadapi jet lag di dalam penerbangan ini nanti dan begitu juga dari Tokyo ke San Francisco. Penerbangan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan dan NH 802 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita lebih kurang jam 1:45 tengah hari.
Lapangan Terbang Changi Singapura
https://youtu.be/GYo6haGjHSw
Terima kasih kepada keluarga saya di Ipoh dan Singapura kerana sudi menghantar saya dan suami ke lapangan terbang. Masih banyak yang ingin saya kongsikan bermula dari transit di Tokyo sehingga sampai ke Vancouver. Nantikan artikel seterusnya yang akan disiarkan dalam beberapa hari lagi.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment