Monday 27 August 2018

Musim Sejuk/Salji Februari 2018 : Richmond, British Columbia

Mengikut tarikh dan waktu rasmi, musim sejuk di Hemisfera Utara bermula dari 21 Disember sehingga 20 Mac. Walau bagaimanapun di Kanada, suhu yang rendah serta salji sudah turun pada musim luruh dan berlarutan sehingga ke penghujung musim bunga dan ada sesetengah tempat salji masih turun pada musim panas. Di dalam artikel kali ini serta beberapa artikel seterusnya, saya akan berkongsi gambar-gambar dan video yang dirakamkan di Vancouver dan daerah yang berdekatan pada bulan Februari iaitu bulan yang paling kerap dan banyak turunnya salji.

Richmond ialah sebuah bandar di dalam pulau (Pulau Lulu) yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver. Manakala jarak antara Richmond dan pusat bandar Vancouver ialah lebih kurang 16 kilometer. Dua gambar pertama yang dimuat naik ialah di kawasan taman rekreasi tingkat lima pangsapuri yang saya tinggal. Kemudian saya berjalan di tepi Sungai Fraser yang berhadapan dengan lapangan terbang. Laluan pejalan kaki di sini memang tumpuan bagi penduduk tempatan yang melakukan senaman setiap hari sambil dapat melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. Oleh kerana tidak ada orang yang ingin keluar semasa salji turun maka saya singgah ke sebuah taman awam iaitu Terra Nova Adventure Play Environment dan Terra Nova Rural Park untuk mengambil gambar.
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/gC3uvI1LPiE

Instagram : blog_th2010
You Tube: Shery NN




No comments:

Post a Comment