Wednesday 8 August 2018

Lapangan Terbang Haneda Terminal Antarabangsa

Artikel ini bersambung dari bahagian terdahulu di mana saya menceritakan megenai penerbangan yang saya naiki dari Vancouver ke Singapura.
http://sharery.blogspot.com/2018/08/penerbangan-dari-vancouver-ke-tokyo-all.html

NH 115 selamat mendarat di Lapangan Terbang Haneda Terminal Antarabangsa (Tokyo) pada jam 9:05 malam. Oleh kerana penerbangan ini dari asalnya sudah lewat, maka waktu transit juga pendek. Penumpang yang bakal menyambung penerbangan ke Singapura hanya mempunyai waktu transit lebih kurang 3 jam berbanding waktu asal iaitu 6 jam.

Selepas keluar dari pesawat, penumpang perlu melihat papan tanda di bangunan terminal untuk memastikan ke mana arah yang ingin dituju sama ada mengakhiri penerbangan di Tokyo atau menyambung semula penerbangan domestik atau antarabangsa. Saya melihat kepada papan tanda 'International Connecting Flight' dan bergegas masuk ke dalam dewan untuk pemeriksaan keselamatan. Selesai pemeriksaan tersebut, penumpang boleh naik ke tingkat atas di mana terletaknya pintu-pintu perlepasan. Saya sempat menyegarkan diri, bersihkan muka dan biarkan kulit muka bebas dari sebarang solekan. Saya tidak perlu bersolek kerana penerbangan ini adalah tengah malam dan akan tiba di Singapura pada waktu subuh.

Kemudian baru saya dan suami memilih untuk makan malam. Kami memilih menu yang ringkas iaitu sushi dan okonomiyaki dan selepas itu sempat juga berjalan-jalan sambil membeli sedikit buah tangan untuk diberi kepada keluarga di Singapura. Lapangan Terbang Haneda tidak besar seperti Lapangan Terbang Narita, tetapi ia cukup memberikan perkhidmatan dan keselesaan kepada penumpang. Makanan manisan seperti coklat dan gula-gula adalah antara yang terkenal dijual di kedai-kedai cenderahati. Coklat Kit Kat pelbagai perisa termasuk di dalam senarai barangan paling laris yang dibeli oleh pelancong.
Video di atas ialah rakaman penuh selama 6 minit 45 saat iaitu penerbangan NH 115 dan NH  843 dari Vancouver ke Singapura. Saiz video ini agak besar dan untuk muat naik ke laman blog saya perlu mengecilkan saiznya. Sekiranya kualiti tidak memuaskan, saya galakkan anda menonton melalui saluran You Tube Shery NN kerana kualiti asal video kekal di You Tube;
https://youtu.be/UOUD9PgJdzk
Bahagian terakhir iaitu artikel mengenai penerbangan NH 843 akan disiarkan dalam beberapa hari lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment