Sunday 5 August 2018

Musim Sejuk Januari 2018

Musim sejuk pada bulan Januari kebanyakan harinya mendung, hujan, bersalji, dan berkabus. Anda boleh lihat gambar-gambar seperti di bawah ini. Saya dan suami turut mengambil peluang ke Seattle, Amerika Syarikat walaupun kami tahu kedua bandar ini berkongsi cuaca yang sama. Adalah menjadi kebiasaan bagi kami pergi ke Seattle sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Tempat yang kerap dilawati sebelum sampai ke Seattle ialah Paine Field dan The Future of Flight Aviation Center & Boeing Tour. Manakala di pusat bandar pula antara yang menjadi kegemaran ialah Pike Place Market di mana di situ juga terletaknya kedai Starbucks pertama di dunia.
Terdapat banyak restoran makanan laut di Pike Place Market tetapi yang paling menjadi tumpuan pelancong ialah Pike Place Chowder. Sup kepah adalah antara menu yang wajib untuk dicuba. Saya pernah ke Pike Place Chowder tetapi di cawangan lain yang terletak tidak jauh dari situ. Sup kepah terkenal dari restoran ini telah dibekalkan kepada syarikat penerbangan Delta Airlines. Hidangan dihidangkan kepada penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle Tacoma.
Video yang saya kongsikan dirakamkan semasa di dalam perjalanan ke Seattle. Ia juga boleh boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/-LzsrJ-Iu_c
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment