Thursday 16 August 2018

Warisan Kapal Korek Tanjung Tualang 5 (TT5)

Semasa di dalam pemanduan pulang ke Ipoh dari Tronoh, saya dan anak saudara singgah sebentar di Warisan Kapal Korek Tanjung Tualang 5 (TT5) yang terletak di Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak. Kunjungan kami ke sini bukan pada musim cuti sekolah atau hujung minggu maka tidak ada pengunjung lain kecuali hanya pengawal keselamatan.

TT5 ialah nama gelaran bagi kapal korek, manakala nombor 5 merujuk kepada nombor kapal korek  yang kelima yang ada di Tanjung Tualang yang pada ketika dahulu menjadi antara lokasi penting perlombongan bijih timah dalam negara serta pengeluar bijih timah terbesar dunia. TT5 dibina pada tahun 1938 di Brighton, England dan operasi dihentikan pada tahun 1982 akibat dari kejatuhan harga komoditi bijih timah. Sekarang ini ia menjadi sebuah warisan sejarah bagi negeri Perak dan merupakan kapal korek terakhir yang masih wujud di Malaysia yang turut digelar 'The Last Dredge.
Di kawasan ini juga diletakkan beberapa buah bakul pengorek (bucket) untuk pengunjung melihat dari dekat. TT5 mempunyai sebanyak 115 bakul pengorek yang dipasang dan dicantumkan seakan rantai basikal yang akan mengorek tanah dan mengumpul hasil bijih timah.

Warisan Kapal Korek Tanjung Tualang 5 (TT5) bukan sahaja sebuah tempat bersejarah di negeri Perak tetapi di Malaysia secara umumnya. Saya menggalakkan supaya anda datang melawat ke tempat warisan ini. Sebuah van yang menyediakan surau bergerak turut diletakkan di tempat meletak kenderaan.

Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/VENi_2v-dLo

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment