Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Pada hari Ahad bertarikh
17hb November yang lalu, Gabenor negeri Australia Barat telah menganjurkan rumah terbuka khas sempena ulang tahun ke-150 Rumah Kerajaan ini (Government House).
Melalui surat khabar The West Australian, Gabenor Malcolm McCusker secara terbuka menjemput rakyat untuk hadir ke majlis tersebut.
Gabenor turut menekankan bahawa rumah yang beliau duduki sekarang adalah bukan milik beliau, ia adalah milik rakyat. Oleh kerana itulah beliau menjemput dan mengalakkan rakyat khususnya penduduk Australia Barat untuk hadir dan melihat dengan lebih dekat lagi apa yang terdapat di dalam Rumah Kerajaan yang disenaraikan sebagai rumah warisan.
|
Gambar atas : Heritage Perth Inc adalah badan/organisasi bebas yang ditubuhkan untuk menggalakkan bangunan/rumah warisan di Perth dikekalkan sebagai aset sosial dan ekonomi yang penting bagi seluruh masyarakat. Lawatan ke tempat-tempat warisan ini hanya dianjurkan pada bulan November setiap tahun. Government House termasuk di dalam senarai tersebut.
Gambar bawah : Pintu masuk ke Rumah Kerajaan. |
|
Gambar atas : Baru sahaja memasuki perkarangan Rumah Kerajaan.
Gambar dua dari atas : Pondok kawalan keselematan.
Gambar tiga dari atas : Kad Jemputan.
Gambar bawah : Risalah yang diberikan percuma mengenai Rumah Kerajaan. |
Pesta makanan antarabangsa turut diadakan di dalam perkarangan Rumah Kerajaan ini. Antara negara yang mengambil tempat bagi mempromosikan makanan tradisional negara masing-masing ialah Malaysia, Vietnam, Indonesia, Afrika Selatan, Turki, Amerika Syarikat, China dan banyak lagi.
|
Gabenor Malcolm McCusker sedang memeriksa perbarisan kawalan kehormat. |
|
Gambar atas : Papan tanda Selamat Datang.
Gambar tengah : Saya berdiri di hadapan Rumah Kerajaan yang berusia 150 tahun.
Gambar bawah : Lawatan dimulakan dengan memasuki Dewan Tari Menari (The Ballroom). |
|
His Excellency Malcolm McCusker AC CVO QC, Governor of Western Australia - Gabenor bersama isterinya bergambar di hadapan Rumah Kerajaan.
*Gambar sumber dari laman sesawang rasmi Government House* |
|
Peta dan petunjuk arah jalan yang kami terima sebelum memulakan lawatan. |
No comments:
Post a Comment