Setelah penat berjalan - jalan di sekitar Causeway Bay dan sebelum pulang ke hotel, saya dan suami telah singgah untuk makan malam di sebuah restoran Indonesia iaitu Warung Malang.
Di hadapan pintu masuk di tingkat bawah bangunan Dragon Rise |
Menaiki tangga menuju ke tingkat dua |
Menu makanan |
Menu untuk minuman |
Gambar atas : Wanita bertudung di dalam gambar ini ialah pemilik restoran Gambar bawah : Keropok yang sesuai dibuat kudapan sementara menanti hidangan siap dihantar |
Ais kelapa, cendol dan kuih lopis |
Menu yang menjadi pilihan ialah nasi ayam goreng kampung dan nasi ayam penyet |
Rindu pula untuk makan nasi dengan tangan setelah lama menggunakan pengepit sahaja sepanjang berada di Hong Kong ini |
Selain kedai makan, pemilik restoran Warung Malang mempunyai kedai buku yang terletak bersebelahan dengannya serta menyediakan perkhidmatan fotokopi kepada pelanggan |
Toko Buku (kedai buku) yang menjual pelbagai pilihan buku agama, jubah dan tudung |
Kepada mereka yang berminat untuk datang ke Warung Malang, saya mencadangkan supaya elak dari datang pada waktu puncak (dalam lingkungan 12.00 - 1.00 tengah hari). Ini kerana faktor saiz restoran yang agak terhad.
Melalui satu sumber lain pula, Warung Malang akan sesak pada hari Sabtu dan Ahad kerana hujung minggu ialah hari pelepas bagi pembantu rumah di Hong Kong. Melalui pemerhatian saya, majoriti pembantu rumah di Hong Kong ialah mereka yang berasal dari Indonesia dan Filipina.
Warung Malang dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Pembayaran secara tunai sahaja diterima.
WARUNG MALANG
2nd Floor, Flat B2,
DRAGON RISE BUILDING
9-11 Pennington Street,
Causeway Bay
Perjalanan berjalan kaki dari persimpangan Jardine's Bazaar dan Hennessy Road ke Warung Malang mengambil masa lebih kurang 2 -3 minit sahaja.
No comments:
Post a Comment