Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Pada 1hb April 2013, genap 10 tahun pemergian pelakon dan penyanyi terkenal Hong Kong iaitu Leslie Cheung.
Florence Chan, bekas ejen muzik telah menganjurkan dua konsert peringatan bertajuk "Miss You Much Leslie" pada 31hb Mac dan 1hb April sempena ulang tahun ke-10 kematian Leslie Cheung. Antara nama-nama besar dalam industri hiburan Hong Kong yang menjayakan konsert tersebut ialah Jacky Cheung, Tony Leung Chiu-Wai, Andy Hui, Leo Ku, Chilam Cheung, Vivian Chow, Kelly Chen, Grasshoppers dan lain lagi.
Semasa berada di Times Square di Causeway Bay, saya dan suami dapat melihat pameran sempena memperingati pemergian Leslie Cheung.
Peminat berjaya membuat sebanyak 2juta origami (lipatan kertas tradisional Jepun) tanda penghormatan kepada mendiang sekaligus berjaya memegang Rekod Dunia Guinness.
|
Patung Leslie Cheung yang dilihat dari tingkat atas dalam bangunanTimes Square |
|
Patung wajah Leslie Cheung dari sisi kanan dan kiri. |
|
Patung muka yang lebih jelas saya fokuskan di sini |
|
Gambar atas : Origami yang disimpan di dalam bekas merah gergasi Gambar bawah : Antara koleksi pakaian Leslie Cheung |
|
Gambar atas : Jumlah origami yang hampir mencecah 2 juta Gambar bawah : Senarai cenderahati Leslie Cheung yang dijual untuk peminatnya |
|
Trofi, piala dan piring hitam milik Leslie Cheung yang dipamerkan untuk para peminat |
|
Peminat berpeluang melihat secara dekat koleksi peribadi milik Leslie Cheung |
|
Saya juga mengambil peluang bergambar dengan salah satu baju milik Leslie Cheung |
No comments:
Post a Comment