Monday, 1 December 2014

Brighton, Australia Selatan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Brighton terletak lebih kurang 15 kilometer dari Adelaide, iaitu ibu negeri Australia Selatan. Ia merupakan sebuah kawasan perumahan mewah yang terletak di pinggir pantai di Teluk St Vincent.
Menjadi kebiasaan bagi saya dan suami setiap kali bercuti tidak kira di dalam Australia atau di luar negara, kami meletakkan diri sebagai penduduk tempatan dan tidak sebagai pelancong. Oleh kerana itulah apabila datang ke Adelaide, masa senggang kami bukan sahaja dihabiskan di dalam pusat bandar sahaja tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar seperti contoh bersiar-siar di tepi pantai.

Brighton Beach dan Brighton Jetty terkenal di kalangan penduduk tempatan tetapi tidak bagi pelancong asing berbanding Glenelg walaupun jarak antara kedua-dua tempat ini dianggarkan kira-kira 5 kilometer sahaja.

Secara kebetulan saya baharu sahaja menukar telefon bimbit (tahun 2013) dan demi untuk melihat kualiti gambar dari telefon ini maka ke semua gambar di bawah telah saya rakamkan menggunakan Samsung Galaxy Note 3.


North Brighton Beach - Gambar dirakamkan pada sebelah pagi.

Pemandangan pantai Brighton.

Selepas selesai melakukan beberapa tugasan, saya dan suami kembali ke pantai Brighton pada sebelah petang.

Brighton Jetty merupakan salah satu ikon terkenal dan menjadi daya tarikan penduduk tempatan untuk datang ke sini.

Tugu Peringatan Perang - Gerbang ini merupakan laluan utama kepada pengunjung yang ingin berjalan di atas Brighton Jetty.

Gambar atas : Pemandangan lewat petang di Pantai Brighton.

Gambar tengah dan bawah : Plak peringatan dilekatkan di bahagian penyandar kerusi yang terletak di tepi pantai.

Gambar kiri : Gambar terakhir dirakamkan di tepi jeti.

Gambar kanan : Menyejukkan tekak dengan menikmati ais krim sebelum pulang ke hotel. Kedai ais krim Royal Copenhagen terletak tidak jauh dari jeti.

Pemandangan pantai Brighton yang dirakamkan pada hari yang berlainan. Kualiti gambar kurang memuaskan kerana ia diambil dari dalam kereta yang bergerak.

Selain kedai ais krim, restoran dan kafe turut terdapat di sekitar kawasan jeti. Selepas ini saya bakal menyiarkan entri mengenai Glenelg serta beberapa lagi tempat-tempat menarik di sekitar Adelaide. Nantikan...

No comments:

Post a Comment