Seperti yang saya ceritakan di Terjemahan Hati dua keluaran sebelum ini,saya menyambut hari lahir suami di Las Vegas, Nevada.
Kami juga mengambil peluang menziarahi keluarga angkat yang tinggal di Las Vegas.Mereka berasal dari Singapura tetapi sudah lama berhijrah ke Amerika Syarikat.
Di samping itu,saya mengambil peluang menjelajah bandar yang begitu popular di mata dunia dengan hotel-hotel beserta kasino yang bertaraf 5 bintang.
Saya mengenali Las Vegas sejak dari kecil lagi kerana Diva Anita Sarawak pernah menetap di sini dan mengadakan persembahan di Caesars Palace. :-)
Tempat wajib untuk bergambar jikalau datang ke Las Vegas |
Menara Stratosphere yang didalamnya mempunyai hotel dan kasino |
Salah satu hotel dan kasino yang terkenal yang bercirikan piramid iaitu LUXOR |
"Mini New York" |
Makan tengah hari di Hard Rock Cafe sempena hari ulang tahun suami (27hb Mei) |
Oleh kerana saya bertudung,jurujual cenderahati di Hard Rock Cafe berbangsa cina ini yang menyapa kami dalam bahasa Melayu yang begitu fasih sekali.Beliau berasal dari Kuala Lumpur. |
Di dunia coklat M&M.Balang warna warni di dalam gambar ini ialah coklat M&M untuk dijual mengikut timbang.Kesemuanya lebih kurang 50jenis perasa yang berbeza-beza |
Kedai yang menjual serba serbi tentang Coca Cola baik dari minuman,pakaian,cenderahati sehingga ke perabot rumah |
Kafe Harley Davidson |
Pelbagai ragam dan keletah ditunjukkan demi mencari rezeki |
"Mini Paris" |
Berjalan di dalam bangunan yang bercirikan bandar Paris di Perancis |
Di belakang saya ialah hotel dan kasino Caesars Palace.Tempat di mana Diva Anita Sarawak yang satu ketika dulu "berkampung"membuat persembahan bertahun-tahun lamanya |
Makan malam di Mint Indian Bistro |
::)) nanti2 kamu melancong ke gombak, ambil gambo OTK hehehhe..... memain ke hehe
ReplyDeletesazsaz : owhhh rindu sama itu Ong Tai Kim,hehehe.Rindu Gombak dan rindu masakan MakNgah ;)
ReplyDelete