Monday, 4 June 2012

Melbourne - Los Angeles - Las Vegas

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Minggu lalu saya kembali ke Amerika Syarikat dengan menaiki pesawat QF93 dari Melbourne,Australia.Perhentian pertama ialah di Los Angeles dan seterusnya ke Las Vegas di mana suami telah menunggu saya di sana.

MELBOURNE

Selepas selesai daftar masuk bagasi dan melepasi kaunter kastam dan imigresen,saya bersarapan di Qantas Business Lounge di Lapangan Terbang Melbourne (Terminal Antarabangsa)
Menaiki pesawat komersial terbesar di dunia iaitu A380 buat kali ketiga

LOS ANGELES
Selamat mendarat di Los Angeles pada jam 6.30pagi.Selepas selesai urusan di kaunter kastam dan imigresen,saya bergegas keluar dari Terminal Tom Bradley menuju ke Terminal 4 untuk menyambung penerbangan domestik.
Pesawat American Airlines yang bakal membawa saya ke Las Vegas
Kecilnya dunia - Seelan Paul (bekas penyampai radio Era FM)dan rakan-rakannya menaiki penerbangan yang sama untuk ke Las Vegas
Perkhidmatan Wifi/Internet yang terdapat di dalam pesawat ini
Lapangan Terbang Los Angeles adalah lapangan terbang ke enam tersibuk di dunia (bagi tahun 2011)

LAS VEGAS


Gambar diambil ketika pesawat hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran, Las Vegas

Siapa yang tidak kenal akan Las Vegas yang begitu terkenal dengan hotel-kasino yang begitu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Bandar ini juga dikenali sebagai The Entertainment Capital of the World. Agak menarik lagi ialah sebaik saya keluar dari pintu pesawat,(masih di dalam terminal lapangan terbang)sudah kelihatan banyak mesin perjudian yang pastinya untuk tarikan pelancong.

Walaupun uzur dan kurang upaya,pakcik ini tetap ingin menghiburkan hati bermain di mesin poker yang terdapat di dalam terminal lapangan terbang 
Unik - Lif di tempat meletek kereta juga dihias dengan simbol token
Selepas menyegarkan diri di hotel,saya dan suami menziarah keluarga angkat yang tinggal di
 Las Vegas.
Makan tengah hari dengan lauk pauk melayu
Sambutan hari lahir suami yang dianjurkan oleh keluarga angkat diadakan satu hari lebih awal.Sambutan awal 26hb Mei,tetapi tarikh hari lahir sebenar ialah 27hb Mei
Sejarah tercipta kerana sudah  bertahun-tahun lamanya suami tidak menyambut harijadi dengan memotong sebiji kek
Bersama keluarga Mami Fatima Bee.Terima kasih di atas sambutan harijadi berserta hadiah,kek dan jamuan makan tengah hari
Bergambar di perkarangan rumah
Menuju ke Lake Mead National Recreation Area untuk mengambil angin petang dan melihat matahari terbenam
Pemandangan Lake Mead pada lewat petang
Lake Mead menjadi tumpuan pelancong untuk beriadah bersama keluarga
Berlatar belakangkan tasik yang membiru
Bersama Mami Bee dan Achi Mas

Akan Bersambung..

No comments:

Post a Comment