Tiga hari berada di Calgary saya menginap di Element by Westin yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabagsa Calgary. Jarak antara hotel dan pusat bandar pula ialah 9.2 kilometer. Bilik yang diterima agak besar dan selesa kerana mempunyai dapur serta ruang tamu yang berasingan dengan bilik tidur. Di dalam musim pandemik ini, sekatan kemudahan untuk tetamu berbeza antara hotel-hotel lain. Di Element by Westin, tetamu masih boleh menggunakan gimnasium dan kolam renang. Pembersih tangan (hand sanitiser) diletakkan di hadapan lif bagi memudahkan tetamu untuk menggunakannnya.
Video di hotel ini turut saya rakamkan dan ia telah dimuat naik di dalam saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/QMGEvhX8Xvk
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment