Wednesday, 27 March 2013

Malaysia Airlines Golden Lounge Regional (KLIA)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya singgah sebentar di Golden Lounge Regional milik Malaysia Airlines sebelum menyambung penerbangan seterusnya ke Singapura.Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, balai tamu (Golden Lounge) dikhaskan untuk penumpang kerap (frequent flyer) yang memegang kad program kesetiaan Enrich Platinum, Gold dan Silver serta pemegang kad kesetiaan Platinum dan Gold dari syarikat penerbangan lain yang menyertai oneworld alliance.

Gambar atas : Golden Lounge Regional terletak di bersebelahan dengan aerotrain platform 1

Gambar bawah : Mendaftar sebelum dibenarkan masuk
Golden Lounge Regional membawa konsep dan hiasan dalaman yang berunsur alam semula jadi seperti kayu, batu dan air bagi bersama-sama mewujudkan suasana yang menenangkan untuk tetamu (penumpang)
Gambar atas : Pelbagai hidangan makanan dan minuman disediakan di sini sama banyak seperti hidangan buffet di hotel-hotel terkemuka.Pagi tersebut saya hanya menjamah roti sandwic dan segelas susu kacang soya

Gambar bawah : Pemandangan KLIA  dari dalam Golden Lounge Regional

2 comments:

  1. adoiii,, sayang nya makanan byk2 tapi makan sikit tu je. kalau aku, melantak puas2, macam esok nak kiamat (dasarrrrr kuat makan) hehehe

    ReplyDelete
  2. Sazsaz: masa ni dah kenyang baru lps sarapan dlm flight

    ReplyDelete