Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura atau Changi Airport telah sedia maklum sangat terkenal di mata dunia kerana kesibukannya.
Sehingga Mac 2012, Lapangan Terbang Changi telah berkhidmat kepada lebih daripada 100 syarikat penerbangan yang beroperasi sebanyak 6,100 penerbangan seminggu yang menghubungkan Singapura kepada lebih 220 bandar di 60 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
Ini menjadikan ia lapangan terbang ketujuh paling sibuk dengan penumpang antarabangsa di dunia dan tersibuk kedua di Asia.
Baru - baru ini Lapangan Terbang Changi Singapura sekali lagi telah dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia. Ini adalah kali keempat Lapangan Terbang Changi meraih anugerah ini.
Gambar atas : Maklumat berguna mengenai Changi Airport untuk para penumpang Gambar bawah : Klinik juga turut terdapat di dalam terminal |
Papan tanda menunjukkan arah pintu perlepasan |
Bersesuaian dengan bunga Orkid yang melambangkan bunga kebangsaan bagi Singapura, Taman Orkid (Orchid Garden) diletakkan di tengah - tengah bangunan terminal |
Arah untuk ke kaunter imigresen dan dewan ketibaan |
Para penumpang boleh menggunakan perkhidmatan monorel (percuma) untuk ke terminal yang lain.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Changi Airport.
www.changiairport.com
No comments:
Post a Comment