Wednesday, 8 May 2013

MALAYSIA 2013 (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kepulangan saya ke Malaysia pada kali ini hanyalah untuk menziarahi keluarga. Saya langsung tidak memberitahu sahabat dan teman - teman rapat terutamanya mereka yang tinggal sekitar Kuala Lumpur. Saya tidak mahu membuat sebarang perancangan kerana masa amat terhad. Saya minta maaf sekiranya ada yang berkecil hati. InsyaAllah kita akan berjumpa di lain masa.

Di sini saya kongsikan gambar - gambar di mana saya dan suami berpeluang berjumpa dengan beberapa orang sahabat baik dan bekas rakan sekerja saya. Semua perancangan dibuat dalam minit - minit terakhir. Faktor tempat penginapan kami yang berdekatan dengan KLIA membuatkan kami dapat berjumpa dengan mereka.

Putrajaya

Berjumpa dengan sahabat saya yang juga merupakan pramugara MAS. Pertemuan terakhir kami sebelum ini ialah di Melbourne Australia pada awal tahun 2012

Aerill berkongsi minat serupa dengan suami saya iaitu mengumpul model kapal terbang

Terima kasih kerana sudi menjemput kami menjadi tetamu pada hari itu

 Cyberjaya
Berpeluang berjumpa dengan Kapten Radzuan dari MAS dan Kapten Mushafiz, bekas juruterbang MAS yang sekarang bersama Malindo Air.

Restoran Haji Sharin Low menyajikan masakan khas Cina Muslim. Saya berikan lima bintang untuk restoran ini. Kepada yang ingin mencubanya, restoran ini beralamat di Suite 4801-0-8, CBD Perdana, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya.
www.facebook.com/RestoranHajiSharinLowCyberjaya

Gambar kenangan tiga orang kapten masing - masing dari syarikat penerbangan berbeza, bersama isteri masing - masing

Ini ialah gambar saya dan suami bersama Kapten Mushafiz selepas majlis pernikahan kami pada tahun 2009. Beliau datang ke Ipoh agak lewat iaitu pada sebelah malam kerana ada penerbangan pada sebelah siang. Hampir tiga tahun setengah selepas itu, (dalam tempoh itu tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya) barulah kami dapat berjumpa semula di Cyberjaya.

Cyberview Lodge Resort & Spa
Dapat makan malam bersama dua orang sahabat baik saya iaitu Azizul dan Jack. Saya pernah bercerita mengenai Azizul di dalam tajuk "Berjumpa Dengan Bekas Rakan Sekerja".


Restoran Cina halal Xing Zhu yang terletak di dalam Cyberview Lodge Resort & Spa. Kami memilih pelbagai jenis dim sum, wanton dan sayur.


Kali terakhir saya dan suami berjumpa dengan Azizul adalah secara tidak sengaja iaitu di dalam penerbangan dari Singapura ke Kuala Lumpur. Manakala kali terakhir kami berjumpa dengan Jack ialah pada tahun 2009.

Selain Azizul, Jack adalah antara orang kuat disebalik menjayakan majlis persandingan saya pada tahun 2009

Kuala Lumpur 
Tujuan ke Kuala Lumpur adalah untuk menyelesaikan satu perkara iaitu ingin membeli tudung seberapa banyak yang boleh untuk simpanan sendiri. Ruby, anak saudara saya menjadi peneman semasa di Jalan Masjid India dan Jalan TAR. Begitu juga dengan Ashraff, anak saudara saya yang seperti bidan terjun kerana tiba - tiba sahaja datang menyertai kami bertiga.

Di KLCC


Di KLCC dan sekitar Jalan Masjid India serta Jalan TAR

Bangi

Menziarahi ibu saudara sebelah suami yang juga sepupu kepada ibu mertua saya. Kali terakhir kami berjumpa dengan Puan Sri Amnah Jaafar ialah pada tahun 2008/2009. Kami pernah berhubung melalui "skype' ketika datang ke rumah anak beliau di Indiana, Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Nilai  3Perasaan sedikit hampa apabila tidak dapat membeli tudung secukupnya semasa ke Kuala Lumpur pada hari sebelumnya. Maka di kesempatan yang ada, saya dan suami mencuri masa ke Nilai 3 untuk membeli tudung dan peralatan membuat kuih moden dan tradisional.


Dapur arang dan oven berwarna hitam cukup mencuit hati saya. Ibu saya pernah memilikinya sekaligus mengingatkan saya pada waktu kecil dahulu di mana saya suka bermain dengan 'pintu kecil' dapur arang dan oven hitam itu.

Taipan USJ
Kepada penggemar nasi lemak, saya syorkan anda datang ke Restoran Warisan Sambal Opah atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Opah.
Nasi Lemak Opah yang memulakan perniagaan sejak pada tahun 1960 ini menyajikan berpuluh - puluh jenis lauk untuk di makan dengan nasi lemak. Saya secara peribadi mengambil sedikit masa untuk memilih lauk yang berkenan di hati (setiap jenis lauk harganya berbeza -beza). Pendek kata rasa mahu mencuba kesemuanya sekali.


Oleh kerana banyak pilihan lauk pauk yang disajikan, saya pasti pelanggan tidak puas dengan hanya makan sebungkus nasi lemak sahaja. Paling kurang pun mungkin dua bungkus dan ke atas.

Restoran Warisan Sambal Opah beralamat di 2-56 Jalan USJ 9/5p, Subang Jaya, Selangor 47620, Malaysia.
Waktu perniagaan ialah;
Isnin: 5:00 petang – 5:00 pagi
Rabu hingga Ahad: 5:00 petang – 5:00 pagi

KLIA
Ketika berada di KLIA, saya menerima kejutan apabila terserempak dengan salah seorang sahabat baik saya (suami yang nampak dahulu lantas memberitahu saya) iaitu pegawai kanan Afiq yang sedang berkhidmat sebagai juruterbang dengan Emirates. Kami berkenalan semasa masing - masing bekerja dengan MAS beberapa tahun dahulu.
Beliau hadir ke majlis perkahwinan saya pada tahun 2009 dan itu adalah kali terakhir kami berjumpa. Selepas dari tahun itu, beberapa perancangan dibuat untuk berjumpa dengan beliau samada di Amerika Syarikat atau di Australia tetapi semuanya tidak menjadi.

Setelah beberapa kali membuat perancangan untuk berjumpa dengan Afiq samada di Amerika Syarikat atau Australia tidak menjadi, akhirnya rezeki menyebelahi kami apabila terserempak secara tidak sengaja di KLIA sebelum masing - masing berpisah untuk ke penerbangan antarabangsa seterusnya.

Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan dari Terjemahan Hati sepanjang saya berada di Singapura dan Malaysia.



4 comments:

  1. pintu kecik dapo arang tu main2 masa kaco bengkang hehehe...oven itam tu ada kat rumah lagi skrg ni, buat exhibition je... few times sms acu tapi acu tak dpt kot? salaam to azly dari makngah, kak long and muhamad!

    FYI,kak long dah masuk form 6 semalam, sementara tunggu offer mana2 itm. muhamad form 3, main bola je semedang. bulan lepeh main antara daerah dalam MSSD (majlis sekolah sukan daerah) and the school won gold!

    ReplyDelete
  2. Kakak dtg menjenguk sini selepas membaca blog Nisah Idham. Seronok juga kakak menelusuri N3. Kena baca yg tertinggal dari mula balik hingga yg ini.

    Kalau susah sangat beli saja tudung online banyak sekarang ni...

    ReplyDelete
  3. sazsaz : Jgn buang oven hitam tu,sangat classic! dapur kayu dan arang lah yg membuatkan kuih muih berbau harum :)if sy tak reply msg tu maknanya tak dapat le. Kirim salam to mak ngah,diba dan shuib.

    ReplyDelete
  4. Kakzakie : Terima kasih ye datang jenguk ke blog saya. Nisah tu kawan saya sejak dari awal tahun 2000. entry saya memang berkait-kait,memang kena baca dari awal. Bergantung kepada individu, tapi saya ni jenis tak minat beli barang online,suka beli sendiri sebab dapat pegang,rasa,cuba. :)

    ReplyDelete