Inilah hotel yang menjadi tempat menginap saya dan suami sepanjang berada di Hong Kong hampir dua minggu.
Courtyard Marriott Hong Kong |
Di lobi hotel |
Gambar atas : Bas (hotel shuttle) milik Courtyard Marriott Gambar tengah : Jadual perjalanan hotel shuttle Gambar bawah : Pemandangan lobi hotel pada waktu malam |
Oleh kerana suami saya memegang kad keahlian Platinum Marriott Hotel, pihak pengurusan telah menaik taraf (upgrade) bilik kami ke tingkat paling atas iaitu di tingkat 32 (Executive Floor).
Bilik - bilik di Executive Floor termasuk Suites menawarkan bilik yang mempunyai pemandangan Victoria Harbour dan memberi akses untuk masuk ke Executive Lounge.
Di dalam bilik air |
Kabel untuk internet yang diberi pinjam untuk tetamu hotel |
Hotel Courtyard Marriott yang dikelilingi oleh pangsapuri dan bangunan komersial |
Gambar sebelah kiri tengah dan sebelah kanan atas : Pasar Borong (Western Wholesale Food Market) |
Gambar atas : Bilik kami terletak di bahagian paling hujung Gambar tengah : Turun untuk ke tingkat iaitu Business Lounge Gambar bawah : Jelas kelihatan jalan raya dari tingkat 32 |
FITNESS CENTRE
Pusat kecergasan (fitness centre) dibuka untuk tetamu hotel 24jam sehari. Ia terletak di tingkat 6 bersebelahan dengan Executive Lounge.
Gambar atas dan tengah : Fitness Centre yang luas dan bersih Gambar bawah : Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre |
Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre. Anda dapat lihat timbunan perancah buluh yang masih digunakan dalam sektor pembinaan bangunan di Hong Kong. |
EXECUTIVE LOUNGE
Executive Lounge yang terletak di tingkat 6 dikhaskan untuk memberi perkhidmatan bermutu dan menawarkan pelbagai kemudahan demi untuk memenuhi keperluan tetamu yang menginap di tingkat Executive Floor (tingkat paling atas).
Pintu masuk ke Executive Lounge |
Perkhidmatan internet, faksimili, mesin pencetak ada disediakan di sini |
Hidangan seperti makanan dan minuman ringan disediakan percuma untuk khas untuk tetamu yang bermalam di tingkat Executive Floor |
Sarapan pagi turut dihidangkan. Saya pula pada ketika itu sekadar mengambil minuman panas. |
COURTYARD MARRIOTT HONG KONG
167 Connaught Rd W,
Hong Kong
+852 3717 8888
Cantiknya pemandangan dari bilik. You definitely got a room with a view.
ReplyDelete~KC~
KC: Pemandangan cantik tetapi gambar kurang memuaskan kerana faktor cuaca :(
ReplyDelete