Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
The Star Ferry atau The "Star" Ferry Company merupakan pengendali perkhidmatan feri penumpang yang menghubungkan antara Pulau Hong Kong dan Kowloon.
Lebih terkenal dengan nama Star Ferry, operasinya sudah bermula sejak akhir tahun 1800-an.
Walaupun laluan keretapi (MTR) lebih cepat menghubungkan Pulau Hong Kong dan Kowloon, namun Star Ferry yang ikonik dengan warna hijau dan putih ini masih menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong. Bagi pelancong pula, ia adalah satu cara yang bagus untuk melihat pemandangan Hong Kong terutamanya keindahan bangunan - bangunan pencakar langit di sekitar Victoria Harbour.
|
Di perkarangan jeti atau Star Ferry Pier di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Terminal bas awam dan teksi turut terdapat di hadapan jeti ini. |
'
|
Di hadapan Star Ferry Pier |
|
Gambar atas : Terdapat banyak poster yang ditampal di sekitar kawasan jeti tanda protes menghalang penyebaran Falun Gong di Hong Kong. Secara ringkasnya, Falun Gong ialah senaman displin rohani yang kebanyakan negara tidak mengiktirafnya kerana dikatakan ada unsur - unsur ajaran sesat
Gambar bawah : Seorang pengikut amalan Falun Gong masih berani melakukan senaman kerohanian tersebut walaupun rata -rata penduduk tempatan membantah kemasukan ajaran itu ke Hong Kong |
|
Harbour City yang terletak di hadapan Star Ferry Pier ini adalah sebuah pusat membeli-belah yang besar di Tsim Sha Tsui sehingga boleh terus menghubungkan butik - butik di Canton Road. Selain pusat membeli belah, Harbour City merangkumi Marco Polo Hongkong Hotel, Ocean Terminal, Ocean Centre (bangunan komersial), Gateway (pejabat dan arked membeli belah) dan Pacific Club Kowloon. |
|
Gambar atas dan tengah : Ocean Terminal - Di sinilah terminal untuk kapal - kapal persiaran seperti Star Cruise berlabuh.
Gambar bawah : Jeti Star Ferry atau Star Ferry Pier yang berlatar belakangkan Pulau Hong Kong dapat dilihat dari arah Harbour City |
|
Di sekitar jeti - Papan tanda arah yang banyak serta menggunakan dua bahasa tidak mungkin akan membuatkan penumpang sesat. Selain kedai - kedai menjual cenderahati, minuman atau makanan ringan, di sini juga terdapat pejabat Lembaga Pelancongan Hong Kong (Hong Kong Tourism Board). |
|
Gambar atas : Mesin menjual tiket feri. Saya tidak membeli tiket di sini sebaliknya menggunakan kad Octopus. Sejak dari hari pertama di Hong Kong, saya dan suami sudah membeli kad Octopus di mana kad yang mempunyai nilai wang boleh digunakan untuk menaiki keretapi MTR, bas awam dan feri.
Gambar bawah : Hanya penumpang yang memegang tiket yang sah sahaja boleh melepasi kawasan ini |
|
Gambar atas : Lampu merah tanda penumpang belum dibenarkan untuk masuk ke dalam feri
Gambar bawah : Lampu hijau menandakan para penumpang sudah boleh memasuki feri |
|
Kami menaiki feri ke Central Pier manakala feri yang berada di sebelah (di dalam gambar ini) bakal menuju ke jeti Wan Chai dan Hong Kong Convention & Exhibiton Centre. |
|
Gambar atas : Sudah di separuh perjalanan. Kelihatan dari jauh ialah Star Ferry Pier dan Ocean Terminal.
Gambar tengah : Para penumpang feri di tingkat bawah (lower deck) Gambar bawah : Pulau Hong Kong sudah semakin jelas kelihatan |
|
Feri semakin menghampiri jeti Central (Central Pier) di Pulau Hong Kong |
|
Gambar atas : Central Pier di Pulau Hong Kong
Gambar tengah dan bawah : Muzium Maritim Hong Kong (Hong Kong Maritime Museum) yang terletak bersebelahan dengan jeti di mana kami turun |
|
Beberapa orang pekerja Star Ferry sedang menjalankan tugas mengikat tali |
|
Gambar atas : Bersiap sedia untuk keluar
Gambar bawah : Kelihatan penumpang tingkat atas dan bawah (upper / lower deck) keluar dari feri |
|
Gambar atas : Pintu keluar dari feri
Gambar tengah : Star Ferry yang dicat dengan iklan 'Hong Kong Asia's World City'
Gambar bawah : Central Pier atau jeti di Central. Jauh di hujung gambar dapat dilihat kapal persiaran di Ocean Terminal (Tsim Sha Tsui, Kowloon) |
Teruskan bersama Terjemahan Hati untuk mengikuti catatan perjalanan saya di sekitar Pulau Hong Kong pula.
No comments:
Post a Comment