SKY TERRACE 428
Sky Terrace 428 (yang terletak di tingkat paling atas bangunan Peak Tower) berada di ketinggian 428 meter di atas paras laut. Anjung tinjau ini merupakan yang tertinggi di Hong Kong dengan pemandangan panorama 360 darjah yang menakjubkan di seluruh Hong Kong. Oleh kerana sepanjang kami berada di Hong Kong hujan turun hampir setiap hari, maka sebelum mengambil keputusan untuk naik ke Victoria Peak, kami merujuk dahulu dengan ramalan kaji cuaca. Alhamdulilah cuaca yang agak baik menyebelahi kami pada hari itu.
Pemandangan Hong Kong yang dapat dilihat dari Sky Terrace 428. Walaupun tidak hujan, tetapi cuaca yang mendung, berawan dan pencemaran udara yang teruk menghalang pemandangan yang lebih jelas. |
Gambar atas dan bawah : Beberapa lagi gambar yang saya rakamkan dari sudut yang berbeza Gambar bawah : Rumah - rumah yang ada disini adalah antara kediaman paling mewah di Hong Kong |
Sedang menikmati pemandangan panorama Hong Kong 360 darjah, tiba -tiba saya ternampak paramedik mengusung pesakit ke ambulan |
Tarikan tambahan di anjung tinjau ini ialah The Sky Gallery, yang memaparkan 17 gambar bersejarah, di mana anda boleh melangkah kembali ke zaman silam dengan melihat bagaimana perubahan Hong Kong melalui gambar - gambar tersebut.
Dereten gambar -gambar yang jelas dengan penerangannya sekali |
Berikut ialah turutan 17 gambar yang saya rakamkan satu per satu untuk bacaan anda.
Bergambar kenangan di Sky Terrace 428 |
Kad disediakan untuk pengunjung menulis ucapan dan menggantungkannya di tempat yang telah dikhaskan |
Kompleks membeli belah The Peak Galleria yang jelas kelihatan dari Sky Terrace 428 |
Sebuah trem yang dalam perjalanan naik ke The Peak |
Waktu Operasi Sky Terrace 428
Isnin - Jumaat (10.00 pagi - 11.00 malam)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (8.00 pagi - 11.00 malam)
Harga tiket untuk naik ke Sky Terrace berbeza - bezaa bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang The Peak Hong Kong.
www.thepeak.com.hk
hai.. salam kenal
ReplyDeletefollower ke : 29
done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Tenku Butang : Terima kasih :)
ReplyDelete