Friday, 26 July 2013

Skywalk di Menara Sydney

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Menara Sydney atau Sydney Tower adalah menara tertinggi di Sydney dan kedua tertinggi di Australia (selepas bangunan Q1 di Gold Coast ). Ia juga merupakan menara pemerhatian kedua (Observation Tower) tertinggi di Hemisfera Selatan selepas Sky Tower di Auckland, New Zealand.Menara yang terletak di daerah pusat perniagaan Sydney ini berdiri dengan ketinggian 309 meter (1,014 kaki).  

Apa yang menarik untuk saya kongsikan pada kali ini ialah gambar-gambar semasa saya dan suami merasai pengalaman berjalan kaki dan melompat di atas lantai kaca pada ketinggian 268meter di Menara Sydney. Pakej Skywalk ini merangkumi lawatan berpandu (guided tour) selama lebih kurang 45minit. Harga tiket untuk naik ke menara adalah berbeza-beza mengikut pakej yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila ke www.sydneytowereye.com.au. Adalah digalakkan untuk membeli tiket beberapa hari atau minggu lebih awal secara online.

Menara Sydney atau Sydney Tower yang dilihat dari arah Darling Harbour. Tulisan merah di atas menara itu (bertulis Westfield) dapat saya pegang semasa saya berada di atas menara.

Kami telah membeli tiket beberapa hari awal secara online. Datang ke kaunter hanya untuk mendapatkan pas masuk.

Maklumat mengenai Sydney.

Senarai menara-menara tinggi di dunia.

Melalui bintik2 di dalam skrin ini, para pengunjung dapat mengetahui paras terkini semasa lif sedang naik untuk sampai ke anjung tinjau.
Ujian pernafasan wajib dijalankan kepada mereka yang bakal mengikuti aktiviti Skywalk. Jika ada antara mereka yang berada di dalam paras beralkohol, pihak pengurus mempunyai hak untuk tidak membenarkan mereka menyertai aktiviti tersebut.

Gambar bawah : Preparation Area adalah tempat khas untuk mereka yang bakal menyertai aktiviti Skywalk. Di sini mereka akan menyarungkan baju yang telah dikhaskan. Almari persalinan (locker) turut disediakan bagi memudahkan untuk menyimpan barangan peribadi. Tiada bayaran tambahan dikenakan.

Kami mengenakan baju yang telah disediakan di tempat persediaan (Preparation Area).

Gambar paling atas dan dua dari atas : Kami berdiri berlatar belakangkan Darling Harbour.

Gambar dua dari bawah dan paling bawah : Pemandangan berlatar belakangkan Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House.

Kenangan manis apabila dapat melompat di atas platfrom/lantai kaca pada ketinggian 268meter di atas bandar Sydney.

Gambar berkumpulan.
Kesemua gambar di atas (semasa memakai baju biru) telah dirakamkan oleh pemandu pelancong kami. Gambar dibeli dengan harga berasingan dan tidak termasuk di dalam pakej Skywalk.


Gambar atas dan tengah : Semasa membuat pembayaran pembelian gambar.

Gambar bawah : Masih meluangkan masa di anjung tinjau.

Sydney Opera House

Gambar atas : Kelihatan Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House

Gambar tengah : Hyde Park (kanan) dan Royal Botanic Gardens (kiri).

Gambar bawah : Jalan raya menuju ke Darling Harbour (ke kanan). Anda boleh lihat juga bangunan yang panjang mempunyai kubah besar iaitu Queen Victoria Building (QVB).

Pemandangan bandar Sydney yang dirakamkan di anjung tinjau tertutup. Gambar tidaklah begitu jelas kerana cermin yang bersilau.

Lapangan Terbang Antarabangsa dan Domestik Sydney boleh dilihat dari menara.

Gambar atas : Melihat pemandangan bandar Sydney pada lewat petang, Di sebelah mata saya ialah Sydney Harbour Bridge.

Gambar bawah : Jambatan Anzac (Anzac Bridge) yang padat dengan kenderaan.

Sekali lagi anda dapat melihat bintik bintik di dalam skrin ini menunjukkan paras terkini semasa lif sedang turun.



Ini ialah bingkai dan album gambar dua dalam satu. Terdapat juga cakera padat yang memuatkan 20 keping gambar semasa berada di atas lantai kaca (semasa memakai baju biru) dan 29 keping gambar panorama pemandangan Sydney yang dirakamkan dari atas menara. Harga untuk set gambar ini ialah AUD49.95 dan ia tidak termasuk dengan pakej Skywalk.

Di sini saya hanya meletakkan lima daripada dua puluh sembilan keping gambar yang terdapat di dalam cakera padat tersebut.

Gambar atas : Panorama dari utara hingga ke barat bandar Sydney.

Gambar bawah  : Bayang-bayang Sydney Tower di Hyde Park.

Gambar atas : Pemandangan teluk di daerah timur Sydney yang dirakamkan pada waktu siang.

Gambar tengah : Royal Botanic Garden pada waktu malam.

Gambar bawah : Sydney Harbour Bridge tersergam dan bercahaya pada malam hari.

Berbalik kepada cerita platform atau lantai kaca, pengalaman yang sama juga saya rasai ketika berkunjung ke Willis Tower di Chicago dan Eureka Skydeck 88 di Melbourne.
Sila klik di sini , Berdiri Atas Lantai Kaca Luar Bangunan Tingkat 103.

Saya sudah banyak kali naik ke Eureka Skydeck 88 malah mempunyai pas tahunan, malang sekali tidak ada gambar dan cerita yang saya kongsikan di dalam blog ini. InsyaAllah jika ada kelapangan waktu, saya akan kumpulkan beberapa gambar semasa kunjungan saya ke sana dan pengalaman berdiri di atas platform kaca yang bergerak.

Jika ingin melihat gambar saya ketika melawat ke anjung tinjau di bangunan tertinggi di Australia, sila klik di sini Sky Point Observation Deck, Gold Coast.

No comments:

Post a Comment