Setiap kali saya dan suami datang bercuti ke Las Vegas, kami tidak pernah menetap di hotel yang sama sebaliknya lebih suka bertukar-tukar hotel.
Dalam banyak hotel yang pernah kami menginap, Elara, A Hilton Grand Vacations Hotel - Center Strip merupakan salah satu daripada kegemaran saya. Walaupun saiz biliknya kecil tetapi tiga faktor yang begitu menarik hati saya dengan hotel ini ialah;
1) Konsep biliknya seperti 'studio' dengan hiasan kontemporari Hollywood.
2) Pemandangan luar yang menarik yang jelas dapat melihat Las Vegas Strip serta dapat melihat kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran.
3) Kawalan keselamatan yang ketat. Pengawal keselamatan akan memeriksa kad (kunci) hotel yang sah bagi setiap tetamu hotel yang ingin memasuki lif untuk naik ke atas. Dalam satu kes lain pula, pihak pengurusan hotel telah menghantar pengawal keselamatan untuk naik dan memeriksa bilik kami. Ini kerana mereka dapat mengesan yang pintu bilik kami tidak berkunci dengan sempurna.
Salah satu sebab yang membuatkan kami sedikit kecewa apabila menginap di sini ialah masalah untuk meletakkan kenderaan berdekatan dengan pintu masuk hotel. Walaupun tiada bayaran yang dikenakan, tetapi kami seringkali mengalami kesukaran dalam mencari tempat kosong kerana tempat meletak kenderaan hotel ini berkongsi dengan pusat membeli belah Miracle Mile dan Planet Hollywood Resort & Casino.
Di bawah ini saya kongsikan bersama anda gambar-gambar semasa saya menginap di Elara, A Hilton Grand Vacations Hotel, Las Vegas.
Tidak semua tempat dan sudut di dalam hotel ini sempat saya rakamkan. Ada beberapa keping gambar yang saya letakkan di sini adalah dari sumber www.oyster.com.
Hotel setinggi 52 tingkat ini beralamat di, 80 East Harmon Avenue, Las Vegas, Nevada, 89109, USA. |
Lobi yang sangat luas ini berkonsepkan warna merah begitu juga denga bilik hotelnya. |
Gambar atas : Pemandangan bilik dari arah tingkap. Gambar bawah : Dapur kecil terletak di tepi pintu masuk. |
Suasana bilik studio pada waktu malam. Dengan menekan butang di tepi katil bersaiz king ini, tetamu hotel boleh mengawal naik dan turun tirai tingkap. |
Bilik mandi yang moden merangkumi tab mandi berpancutan (bathtub) dan pancuran yang berasingan (shower). |
Kelengkapan mandi dari jenama Peter Thomas Roth. |
Tidak jemu berdiri di tepi tingkap untuk melihat pemandangan luar. |
Selain bilik studio, hotel ini juga mempunyai pelbagai pilihan bilik suites. Untuk maklumat selanjutnya anda boleh layari laman sesawang Hilton.
www3.hilton.com
No comments:
Post a Comment