Ballarat sangat terkenal kerana hasil perlombongan emas. Emas telah ditemui di Poverty Point pada tahun 1851 oleh John Dunlop dan James Regan. Tahun berikutnya terdapat kira-kira 20,000 pengorek (sebilangan pekerja lombong adalah mereka yang berbangsa Cina) datang untuk mengorek emas di Ballarat Goldfields yang menjadikan pertambahan bilangan penduduk begitu mendadak sekaligus Ballarat telah diisytiharkan sebuah pekan pada tahun 1852. Pekan Ballarat telah dinaik taraf secara berperingkat sehingga menjadi bandar pada tahun 1870.
Gambar-gambar di bawah adalah gabungan daripada beberapa kali kunjungan saya dan suami ke Ballarat yang biasanya kami hanya singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Australia Selatan.
Gambar-gambar di bawah adalah gabungan daripada beberapa kali kunjungan saya dan suami ke Ballarat yang biasanya kami hanya singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Australia Selatan.
Pintu gerbang The Avenue Of Honour |
Ballarat pada awal pagi. |
Kabus yang tebal di awal pagi di Ballarat selepas melalui pintu gerbang The Avenue Of Honour. |
No comments:
Post a Comment