Muzium Yahudi Australia (Jewish Muesum Of Australia) adalah satu-satunya muzium masyarakat Yahudi di Australia yang dibina bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman hidup mereka di Australia. Muzium ini terletak di St Kilda, di pinggir bandar Melbourne.
Saya dan suami sebenarnya ingin melawat ke muzium ini pada dua tahun yang lalu sementelah anak saudara saya datang bercuti ke Australia dan turut berminat untuk menyertai kami. Malangnya pada ketika itu muzium sedang menjalani pengubahsuaian maka hasrat kami terbantut.
Hanya baru-baru ini sahaja saya dan suami berpeluang untuk ke melawat ke muzium ini. Bayaran masuk yang dikenakan untuk seorang dewasa ialah AUD10.
Hanya baru-baru ini sahaja saya dan suami berpeluang untuk ke melawat ke muzium ini. Bayaran masuk yang dikenakan untuk seorang dewasa ialah AUD10.
Oleh kerana faktor keselamatan dan privasi, para pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium.
Semenjak saya berhijrah empat tahun yang lalu, semestinya masa saya banyak dihabiskan di Australia dan Amerika Syarikat.
Kedua-dua negara ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum, etnik dan agama yang boleh saya katakan di sini kuantitinya lebih ramai dari rakyat berbilang kaum di Malaysia ataupun di Singapura.
Tambahan pula di Australia terdapat undang-undang "Anti Discrimination Law". Sepanjang 30 tahun yang lalu, kerajaan Australia telah memperkenalkan undang-undang anti-diskriminasi untuk membantu dan melindungi rakyatnya dari diskriminasi dan gangguan.
Dengan undang-undang yang sedia ada, kami sebagai rakyat tempatan harus mematuhinya dan tidak boleh menghina atau menyentuh hal-hal sensitif yang berkaitan dengan warna kulit, adat, budaya dan agama seseorang. Undang-undang ini turut diguna pakai untuk pelancong asing yang datang bercuti ke Australia. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memandang rendah undang-undang ini. Pada pendapat saya, walaupun di sesebuah negara itu tidak mempunyai undang-undang anti-diskriminasi, kita harus bertanggungjawab untuk menghormati antara satu sama lain.
Muzium ini telah memberikan saya sedikit ilmu pengetahuan tentang cara hidup masyarakat Yahudi yang tinggal di Australia. Kami semua tinggal di dalam negara yang aman damai dan harmoni yang masing-masing memegang prinsip hormat menghormati antara satu sama lain walaupun kami berbeza dari segi agama dan budaya.
Di dalam muzium ini kami dilayan dengan begitu baik dan mesra. Beberapa pembantu muzium dengan senang hati dan tanpa jemu menerangkan setiap soalan yang kami kemukan.
Tidak kira di dalam muzium ataupun di sekitar Melbourne khususnya di Australia secara menyeluruh, saya dilayan baik oleh rakyat tempatan yang berlainan bangsa, etnik dan agama.
Seorang sahabat saya dari Pulau Pinang, Malaysia yang bakal melawat anaknya yang bekerja di Melbourne pada hujung tahun nanti sudah merancang untuk melawat ke muzium ini setelah mengetahui saya dan suami telah pun melakukan lawatan yang sama.
Jewish Museum Of Australia
26 Alma Rd
St Kilda
Victoria 3182
http://www.jewishmuseum.com.au
*2 minit waktu berjalan kaki daripada hentian trem nombor 32 di St Kilda Road (Routes 3 atau 67)

Kami berpeluang masuk ke dalam rumah ibadat Ortodoks (Orthodox Synagogue) yang terletak hanya di belakang muzium. Gambar sumber Wikipedia. |
Seorang sahabat saya dari Pulau Pinang, Malaysia yang bakal melawat anaknya yang bekerja di Melbourne pada hujung tahun nanti sudah merancang untuk melawat ke muzium ini setelah mengetahui saya dan suami telah pun melakukan lawatan yang sama.
Jewish Museum Of Australia
26 Alma Rd
St Kilda
Victoria 3182
http://www.jewishmuseum.com.au
*2 minit waktu berjalan kaki daripada hentian trem nombor 32 di St Kilda Road (Routes 3 atau 67)
No comments:
Post a Comment