Blog Terjemahan Hati ini merupakan kesayangan saya kerana di sinilah tempat atau pentas pertama bagi saya untuk meluahkan perasaan rindu terhadap arwah bapa saya. Coretan yang ditemani dengan air mata adakalanya turut dirasai oleh para pembaca (saya mendapat maklum balas dari mereka). Di samping itu saya mengambil kesempatan berkongsi gambar dan cerita dengan keluarga dan sahabat di Malaysia tentang kehidupan saya selepas berumahtangga dan berhijrah ke Australia.
Lama kelamaan dan sehingga kini, blog saya telah bertukar menjadi blog kembara/melancong (travel blog). Hari ini, iaitu 7hb Januari, genap empat tahun usia blog Terjemahan Hati (www.sharery.blogspot.com).
Gambar di atas merupakan bukti pencapaian peribadi yang saya perolehi sepanjang empat tahun saya berkecimpung di dalam dunia blog. Dua naskah surat khabar Harian Metro yang telah diterbitkan pada tahun 2010 dan 2013 menceritakan tentang catatan perjalanan/kembara saya di Australia dan Amerika Syarikat.
Sila klik link ini untuk membaca cerita penuh artikel dari Harian Metro (2010) yang bertajuk 'Pengalaman Manis Enam Hari'.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20101019003546//Article/article_print
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20101019003546//Article/article_print
Manakala kepada para pembaca yang ingin tahu cerita penuh bagaimana saya bermula dengan Blog Terjemahan Hati dan pengalaman manis mengembara (road trip) di Amerika Syarikat, sila klik link ini dengan tajuknya 'Catatan Perjalanan Syarimah' (2013).
InsyaAllah, mulai hari ini saya akan cuba melakukan yang terbaik supaya isi kandungan blog memberi manfaat untuk kita bersama.
Salaam, good luck my sister and bro. We all miss you. Love from Mak Ngah, myself, kak long and shoib. At times we in Gombak do feel forgotten due to the distance. Sometimes we feel the blood is not thicker than water:)) Salaam to azli.
ReplyDeletesazsaz : Wsalam. Terima kasih. :) Sampaikan salam rindu untuk Mak Ngah, Kak Long dan Shoib ye. *hugs*
Delete