Tiada lebih yang diinginkan apabila berada di negeri Tasmania ini selain ketenangan dan kedamaian yang jauh berbeza dengan kesibukan serta hiruk pikuk bandar besar. Bersiar-siar di Devonport dan kawasan sekitarnya memang sedap mata memandang serta menyaksikan matahari terbenam juga benar-benar mententeramkan jiwa.
Devonport terletak di bahagian pantai utara Tasmania dan merupakan pusat ketibaan bagi sebilangan besar pelancong ke negeri ini yang datang dengan menaiki feri dari Melbourne.
Gambar atas : Hotel penginapan kami. Walaupun di luar nampak seperti bangunan lama, tetapi bahagian dalam masih cantik dan bersih. Gambar tengah dan bawah : Pemandangan di sekitar hotel. |
Terminal feri di Devonport. Spirit Of Tasmania ialah nama yang diberikan kepada feri yang membawa penumpang ulang alik setiap hari dari Devonport ke Melbourne. |
Bandar Devonport. |
Antara bangunan lama yang terdapat di sini. |
Feri Spirit Of Tasmania tidak boleh 'lari' dari pandangan sesiapa sahaja yang berada di pusat bandar Devonport. |
Lewat petang di Devonport. |
Memandu pada lewat petang di daerah Devonport dan kawasan sekelilingnya. |
Tempat melihat haiwan penguin. |
Kami tidak dapat melihat penguin pada hari itu kerana kami pulang awal ditambah pula dengan angin kuat dan suhu mulai turun. |
Keindahan matahari terbenam. |
Tidak puas rasanya berada di Devonport hanya untuk dua hari. Jika ada kelapangan, mungkin saya akan kembali ke sini dan tinggal lebih lama lagi.
wahhh cantik nya gambo2 tu... mcm idup je... :):)
ReplyDelete