Saturday, 22 March 2014

Great Lakes Airlines

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Great Lakes Airlines merupakan syarikat penerbangan domestik di Amerika Syarikat. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Cheyenne, Wyoming dan hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Saya menggunakan perkhidmatan Great Lakes Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado ke Four Courners Regional Airport di Farmington, New Mexico.

Great Lakes Airlines yang menggunakan kapal terbang Beechcraft 1900D ini dapat menampung seramai 19 orang penumpang.

Menunggu masa untuk berlepas.

Pemandangan dari luar pesawat.

Di dalam penerbangan ini hanya terdapat tiga orang sahaja penumpang wanita termasuk saya. Selebihnya penumpang lelaki yang majoriti hendak ke Farmington kerana berkerja di sana.


Saya sudah merasai pengalaman menaiki pesawat dari sekecil-kecilnya kapal terbang (Cessna 152) sehingga ke kapal terbang komersial terbesar dunia (A380), tetapi menaiki kapal terbang model Beechcraft 1900D milik Great Lakes Airlines ini merupakan satu pengalaman baru kerana inilah pertama kali saya melihat dengan dari dekat pintu kokpit yang unik yang seakan-akan seperti pintu kedai atau bar di dalam filem cowboy (koboi) pada zaman dahulu.

Gambar akan berkabur kerana saya rakamkan dalam keadaan bergoyang semasa pesawat sedang membuat penerbangan naik (take off).


 

4 comments:

  1. Memang unik pintu kokpit itu..:)

    Saya tertanya tanya, utk pesawat kecil sebegini, ada blackbox ke macam dlm airbus/ boeing tu semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doctor : Untuk aircraft seperti di atas dan juga Boeing/Airbus ia memang dilengkapi dengan Black Box kerana ia digunakan untuk RPT (Regular Public Transport).

      Untuk light aircraft pula seperti Cessna C152/C172/C182 juga variety of light Piper aircraft PA 28/PA38 dan sebagainya, ia tidak dilengkapi dengan Black Box.

      Harap info ini dapat membantu :)

      Delete
    2. Ooohhh..ok...TQ for the info :)

      Delete