Four Corners Regional Airport terletak lebih kurang 3 kilometer dari bandar Farmington.
Hanya syarikat penerbangan Great Lakes Airlines sahaja yang terbang masuk ke sini. Ia melibatkan penerbangan dari Show Low, Arizona dan Alamosa serta Denver di Colorado.
Lapangan terbang ini mempunyai tempat letak kereta percuma bagi tempoh jangka pendek dan panjang, empat syarikat perkhidnatan kereta sewa di dalam dan internet tanpa wayar WiFi percuma di dalam bangunan terminal.
Bangunan terminal yang bercirikan Pueblo ini lebih kurang sama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Albuquerque (Albuquerque International Sunport).
No comments:
Post a Comment