Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Salamanca Market merupakan pasar jalanan di Salamanca Place, Hobart, Tasmania.
Ia adalah salah satu tarikan pelancong yang utama di Tasmania. Perniagaan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Antara barang jualan yang terdapat di sini ialah pakaian, kraftangan, makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan segar.
|
Semasa di dalam perjalanan ke Salamanca Market. |
|
Semasa di dalam perjalanan ke Salamanca Market. |
|
Jelas kelihatan puncak Gunung Wellington dari pasar jalanan ini. |
|
Suami memilih untuk membeli tempura cendawan manakala saya pula membeli kuih dadar mini. |
Puteri Mahkota Denmark, iaitu
Princess Mary adalah anak kelahiran Hobart. Beliau lahir, dibesar dan bersekolah sehingga ke peringkat universiti di negeri ini. Setiap kali beliau dan keluarga pulang bercuti, Salamanca Market pasti menjadi pilihannya. Pernah saya melihat gambar beliau bersiar-siar di bandar Hobart secara santai dengan berpakaian kasual bersama rakan dan kakak tanpa pengawal peribadi. Satu perkara menarik ialah beliau akan mengambil penerbangan komersial (Qantas Airways, Virgin Australia dan Jetstar) dari Sydney ke Hobart.
|
Gambar atas : Gabungan bangunan-bangunan lama dan baru di kawasan ini sungguh menarik perhatian saya.
Gambar bawah : Berjalan kaki dari Salamanca Market menuju ke Hobart Waterfront. |
|
Tedapat beberapa kedai dan restoran makanan laut di Hobart Waterfront. Oleh kerana sukar untuk membuat keputusan, akhirnya kami memilih untuk kembali ke restoran MURES untuk menikmati makan lewat tengah hari. |
|
Gambar atas : Bangunan tinggi di dalam gambar ini ialah Wrest Point Tasmania iaitu hotel dan kasino terkenal di negeri ini.
Gambar bawah : Sungai Derwent. |
|
Memandu pada lewat petang di sekitar bandar Hobart sebelum kami pulang ke Melbourne pada esok hari. |
Terima kasih kepada anda yang sudi membaca entri mengenai negeri Tasmania dari hari pertama saya datang sehingga hari terakhir di sini.
No comments:
Post a Comment