Hari Pertama
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Antartuk, kami anak-anak kapal terus ke hotel penginapan. Sebelum memulakan bermacam-macam aktiviti dengan perasaan tidak sabar untuk ke Blue Mosque/Masjid Biru, tidur adalah perkara yang perlu didahului.
Makam Sultan II Mahmud yang terletak tidak jauh dari Blue Mosque. Jika berjalan kaki ia mengambil masa kira-kira 10 minit dari Blue Mosque. |
Di kawasan makam. |
Cuaca sejuk musim luruh yang cukup sesuai dan selesa untuk berjalan kaki di sekitar bandar Istanbul. |
Kembali semula ke Blue Mosque. |
Kagum dengan kecantikan dalaman Blue Mosque/Masjid Biru. Bersama saya ialah pramugari Miki (warganegara Korea yang berkhidmat untuk Malaysia Airlines), Aisyah dan pramugara Azizi. |
Masjid Sultan Ahmed atau dipanggil Blue Mosque/Masjid Biru kerana jubin (tiles) berwarna biru yang menghiasi dinding masjid. |
Masih di dalam kawasan masjid. |
Kedai-kedai menjual cenderamata di sekitar kawasan Blue Mosque. |
Kebanyakan daun telah pun kering dan akan gugur pada bila-bila masa. Sejuk musim luruh di negara Turki seakan-akan musim sejuk di sesetengah negeri di Australia. |
Hari Kedua
Menghirup udara pagi di persektiaran hotel. |
Seperti biasa, kami mengambil bas hotel untuk ke pusat bandar. Grand Bazaar masih menjadi destinasi utama kami untuk bersiar-siar. |
Turkish Delight merupakan manisan terkenal di negara Turki yang berasaskan kanji dan gula berbentuk seperti buah dadu/kiub dan mempunyai pelbagai warna dan rasa. |
Akan bersambung....
No comments:
Post a Comment