Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Kingman, Arizona terletak di tengah-tengah laluan bersejarah
Route 66. Jarak Kingman dengan Las Vegas, Nevada ialah kira-kira 105 km dan jarak dengan Taman Negara Grand Canyon ialah lebih kurang 272 km.
|
Sempadan negeri untuk masuk ke Arizona. |
|
Keunikan keretapi lama di Amerika Syarikat yang masih digunakan sehingga ke hari ini. |
|
Muzium Arizona Route 66 yang terletak di dalam bangunan janakuasa lama lagi bersejarah iaitu The Powerhouse ini merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Kingman. |
|
Ketinggian Kingman ialah 3,333 kaki di atas paras laut. |
|
Mr. D'z Route 66 Diner merupakan salah sebuah restoran yang terkenal bagi pengguna Route 66. |
|
Keretapi berenjin stim nombor 3759 ini diletakkan sebagai monumen sejarah pada tahun 1957 di dalam taman yang diberi nama Locomotive Park. |
|
Enjin stim ini telah dibina pada tahun 1927 manakala pada tahun 1941 ia telah ditukar kepada penggunaan minyak. Santa Fe ialah syarikat keretapi tersebut, Santa Fe Railway Company. |
|
Pengunjung boleh naik dan melihat bahagian dalam kepala keretapi ini. |
|
Locomotive Park. |
#kingman #kingmanAZ #route66
#arizona #usa #unitedstates
#travel #blogger #travelblogger #aussieblogge
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam
ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak.
Anda juga boleh mengikuti
(follow) perkembangan saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
No comments:
Post a Comment