Monday, 31 August 2015

Mengagumi Kambing Gurun Amerika Utara

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Buat pertama kali seumur hidup saya melihat dengan lebih dekat seekor kambing gurun yang begitu besar. Dengan ketinggian Gunung Rushmore melebihi 5000 kaki, adalah biasa bagi kambing gurun tinggal di kawasan persekitarannya. Melalui maklumat yang saya perolehi dari majalah National Geographic, kambing gurun majoritinya terdapat di pergunungan Amerika Utara sahaja.

Kambing gurun yang berkeliaran sambil meragut rumput. Gambar dirakamkan di Mount Rushmore, Keystone, South Dakota, Amerika Syarikat.

Mujur pada waktu itu jalan raya agak sunyi maka suami berhenti sebentar bagi memberi peluang saya merakamkan gambar dan video dari dalam kereta. Saya pasti pemandu dan penumpang di belakang kami juga agak teruja melihat kambing gurun ini kerana mereka turut memberhentikan kenderaan buat seketika. Satu lagi maklumat tambahan, kambing gurun mempunyai keistimewaan melompat sejauh 12 kaki atau bersamaan dengan 3.5 meter hanya dalam satu lompatan.


Ini merupakan gambar terbaik yang dapat saya rakamkan kerana kambing ini sedang merenung tepat ke arah kereta kami.

Sungguh sibuk kambing gurun ini meragut rumput.

Dengan melihat gambar-gambar dan video ini saya berharap anda juga memperolehi satu pengalaman baharu sama seperti apa yang saya alami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment