Hari ini, dalam persiapan umat Islam bakal menyambut Aidil Adha pada esok hari, tiba-tiba saya teringat kenangan menyambut AidilAdha di Karachi, Pakistan pada tahun 2006.
Gambar yang saya kongsikan di bawah ini dirakamkan melalui telefon bimbit semasa saya menyelak album lama di rumah ibu saya di Ipoh, Perak pada dua tahun lalu. InsyaAllah, di lain kesempatan sekiranya saya ada pulang ke kampung, saya akan mengimbas kesemua gambar lain dengan menggunakan mesin pengimbas (scan) dan selepas itu baharu saya akan menyiarkan entri penuh dan menceritakan mengenai pengalaman manis semasa lawatan saya ke Karachi.
Walaupun bangunan-bangunan di sini sudah rosak dan uzur, tetapi di bahagian bawah masih banyak kedai menjalankan perniagaan. |
Kesibukan umat Islam membeli belah sebelum Aidil Adha. |
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada pembaca setia blog Terjemahan Hati. Jaga diri di musim perayaan dan berhati-hati di jalan raya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaharu saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment