Monument Valley terletak di daerah Colorado Plateau berhampiran sempadan dua buah negeri iaitu Utah dan Arizona. Monument Valley dalam bahasa etnik asli Amerika Syarikat puak Navajo (disebut Navaho) dipanggil Tsé Biiʼ Ndzisgaii yang memberi maksud lembah berbatu. Pembentukan batuan semulajadi sejak ratusan juta tahun dahulu telah membabitkan hakisan tanah dan angin lalu membentuk kelompok-kelompok batu yang digelar Buttes. Ada kelompok batu di Monument Valley yang mencecah setinggi 1000 kaki (300 meter).
Sebenarnya sudah lama saya dan suami berkeinginan untuk melawat ke Monument Valley tetapi perancangan kami sentiasa tertangguh walaupun kami sudah kerap menggunakan separuh laluan untuk ke Monument Valley. Hanya beberapa bulan lepas baharu impian kami menjadi kenyataan.
Entri ini merupakan antara yang paling lama untuk saya siapkan. Semasa lawatan ini saya menggunakan tiga jenis kamera yang berbeza dan gambar yang saya rakamkan lebih dari satu ribu. Pemilihan gambar adalah proses yang biasanya mengambil masa bagi saya untuk diselesaikan. Jika diikutkan hati terlalu banyak untuk saya kongsikan di sini tetapi malangnya saya perlu memilih beberapa sahaja.
Banyak filem Hollywood pernah menjalankan pengambaran di Monument Valley antara yang terkenal ialah Back To The Future 3 lakonan Michael J Fox (1991), Forrest Gump lakonan Tom Hanks (1994) dan The Lone Ranger lakonan Johnny Depp (2003).
Untuk senarai pendek anda boleh rujuk di laman ini ;
http://indiancountrytodaymedianetwork.com/2013/09/28/12-movies-shot-monument-valley-navajo-nation-151484
Akhirnya saya dapat menjejakkan kaki dan melihat dengan lebih dekat Monument Valley yang juga merupakan ikon lanskap terkenal dunia dan menjadi perhatian jurugambar profesional. |
Filem Forrest Gump yang ditayangkan di panggung pada tahun 1994 telah menjalankan pengambaran di Monument Valley. |
Aksi gembira saya apabila dapat berdiri di sini. |
Gambar panorama di Monument Valley. |
Melalui video ini anda dapat melihat pemandangan yang sama seperti gambar panorama di atas. Angin juga turut bertiup kuat pada waktu itu.
Monument Valley yang dilihat ke arah utara. |
Walaupun gambar panorama ini bersaiz kecil tetapi saya berharap anda dapat melihat pemandangan dengan lebih luas. Video yang saya rakamkan di lokasi yang sama saya muat naik di bawah gambar ini. |
Di dalam perjalanan menuju ke Monument Valley Navajo Tribal Park. |
Monument Valley Navajo Tribal Park seakan sama juga seperti Taman Negara cuma perbezaannya ia ditadbir dan diuruskan oleh pentadbiran Navajo Nation kerana tanah dan daerah yang Monument Valley berdiri ini adalah milik Navajo Nation. Bayaran masuk dikenakan dan pengunjung boleh mengikuti lawatan berkereta bersama juru pandu sambil menyaksikan begitu banyak kelompok batu (buttes) dengan lebih dengan lagi. Selain itu terdapat juga pusat pelancongan, restoran dan kedai cenderamata. Saya ulang sekali lagi seperti di dalam perenggan pertama, Navajo merupakan salah satu puak terbesar dari etnik asli Amerika Syarikat (American Indians). Navajo dipanggil Na-va-ho.
Saya dan suami tidak berminat untuk masuk ke Monument Valley Navajo Tribal Park kerana impian sudah terlaksa apabila dapat mengambil gambar di tengah-tengah jalan raya yang pemandangan latar belakangnya sudak cukup terkenal di dunia. Jika ada kelapangan waktu di lain masa mungkin kami akan bermalam di sini (terdapat beberapa tempat penginapan di sekitar Monument Valley) dan berpeluang menyaksikan keindahan matahari naik dan tenggelam yang biasa saya lihat sebelum ini melalui gambar-gambar yang disiarkan di laman internet.
Cop Mohor Navajo Nation. Navajo Nation merupakan wilayah yang ditadbir oleh etnik asli Amerika Syarikat puak Navajo (American Indians). |
Sempadan negeri Utah dan Arizona. |
Terima kasih kerana sudi membaca, melihat gambar serta menonton video yang saya kongsikan. Saya berharap semoga anda terhibur.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaharu saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment