Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Pigeon Point Light Station atau Pigeon Point Lighthouse merupakan rumah api yang dibina pada tahun 1871. Ia terletak di tebing pantai di Pescadero di Lebuhraya Pantai Barat California
(California Highway 1). Jarak Pigeon Point Lighthouse dengan San Francisco ialah lebih kurang 81 kilometer.
Bagi saya dan suami, pemanduan kami bermula dari Half Moon Bay iaitu selepas kami menikmati sarapan lewat pagi di sana. Entri mengenai Half Moon Bay boleh anda baca di sini;
http://www.sharery.blogspot.com.au/2015/10/half-moon-bay-california.html
Walaupun cuaca pada hari itu adalah berkabus, mendung, berangin dan sejuk tetapi Pigeon Lighthouse tetap berjaya menarik tumpuan ribuan pelancong. Oleh kerana terlalu ramai pengunjung, suami saya tidak dapat mencari tempat meletak kenderaan yang strategik, maka saya ditemani oleh seorang sahabat bergegas turun dan hanya singgah sebentar sahaja untuk mengambil gambar di sekitar kawasan rumah api ini.
|
Dengan ketinggian 115 kaki, Pigeon Lighthouse merupakan rumah api yang tertinggi di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. |
|
Di perkarangan pintu masuk. |
|
Terdapat tandas awam berdekatan dengan perkarangan pintu masuk tetapi saya tidak menggalakkan anda untuk singgah kerana semasa saya sedang mengambil gambar ini, dari jauh lagi bau busuk tandas sudah menusuk ke hidung. |
|
Rumah api ini masih lagi digunakan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat (U.S Coast Guard). |
|
Asrama penginapan untuk pelancong juga turut terdapat di Pigeon Point Lighthouse. |
|
Mengambil satu gambar kenangan berlatar belakangkan rumah api terkenal di California. |
|
Pantai lautan Pasifik. |
|
Pigeon Point Lighthouse dibuka setiap hari bermula dari jam 8:00 pagi sehingga matahari terbenam. |
|
Gambar atas : Tabung derma.
Gambar bawah : Kedai menjual cenderamata. |
|
Gambar atas : Pigeon Point Lighthouse Hotel.
Gambar bawah : Pengunjung boleh berkelah di sekitar kawasan rumah api. |
|
Pemanduan dari Pigeon Point Lighthouse menuju ke San Francisco. |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaharu saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
No comments:
Post a Comment