Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Tanggal 7hb Januari yang lalu genap 6 tahun usia laman blog saya (www.sharery.blogspot.com). Setiap tahun saya ceritakan kepada pembaca bahawa tujuan utama saya menjuruskan diri ke dunia blog adalah kerana saya begitu berminat di dalam bidang penulisan bahasa Melayu sekaligus saya ingin berkongsi kisah kehidupan saya setelah berumahtangga dan berhijrah ke luar negara kepada keluarga serta sahabat yang berada di Malaysia dan Singapura .
Sejak tahun 2013, lam sosial Instagram memberikan saya peluang mengetengahkan blog kepada sahabat lama dan kenalan baharu. Kini pengikut Instagram saya bukan sahaja dari kalangan yang memahami Bahasa Melayu tetapi juga mereka yang tidak memahaminya. Saya begitu terharu kerana mereka memahami gambar-gambar saya dengan hanya melalui hashtag yang saya berikan malah ada di antara mereka mengunjungi laman blog saya untuk melihat gambar sahaja.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terimaKasih kepada semua pembaca blog dan pengikut Instagram saya. Sokongan padu, pujian serta kata-kata semangat dari anda merupakan kekuatan bagi saya untuk terus menulis dan berkongsi catatan perjalanan serta kembara saya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment