Sioux Falls (sebutan Sioux - 'SU') adalah bandar yang terbesar di negeri Dakota Selatan (South Dakota). Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2015 dianggarkan seramai 171 544 orang.
Pelakon Hollywood dan saya turut menggemari lakonannya di dalam drama bersiri Med Men iaitu January Jones merupakan salah seorang selebriti terkenal yang dilahirkan di Sioux Falls.
Gambar-gambar di bawah ini saya rakamkan di sekitar pusat bandar pada petang hari Jumaat.
Sioux Falls menganjurkan pameran arca setiap tahun yang diberi nama SculptureWalk. Ia memberi peluang kepada para artis untuk mengetengahkan bakat mereka. Arca-arca tersebut dipamerkan di sekitar pusat bandar bagi memudahkan lagi para pengunjung melihat dengan lebih dekat. Berikut adalah beberapa arca yang sempat saya rakamkan gambarnya.
Pemandangan petang di Sioux Falls. |
Perjalanan pemanduan merentasi tiga buah negeri (termasuk berhenti di beberapa tempat tarikan pelancong) pada hari tersebut agak panjang. Bermula dari Omaha, kami ke ibu negeri Nebraska iaitu Lincoln. Dari Lincoln kami kembali semula ke Omaha seterusnya Sioux City, Sioux Falls dan tiba di Minneapolis pada lewat tengah malam. Nantikan entri seterusnya untuk melihat tempat menarik yang kami lawati di Minneapolis sebelum menyambung semula kembara berkereta kami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
Sangat bertuah kerana dapat melihat dunia yang luas .
ReplyDeleteKak Mahh : Alhamdulilah, semuanya rezeki :)
Delete