Tuesday, 30 August 2016

Pemanduan dari Rapid City Ke Billings

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Selepas bermalam di Rapid City dan keesokkan harinya melawat ke Tugu Peringatan Mount Rushmore, saya dan suami menyambung pemanduan menuju ke Billings, Montana. Artikel terdahulu boleh dibaca di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/08/mount-rushmore-south-dakota-bahagian-2.html

Jarak antara Rapid City dan Billings ialah kira-kira 602 kilometer dengan menggunakan lebuhraya I-90. Laluan dari negeri South Dakota ke Montana memerlukan kami menempuh ke sebuah negeri lain iaitu Wyoming. Kami singgah sebentar di Pusat Pelancongan Wyoming yang terletak 96 kilometer dari Rapid City dan 12 kilometer dari sempadan kedua buah negeri ini.
http://sharery.blogspot.com.au/2016/08/wyoming-amerika-syarikat.html

Gambar-gambar dan klip video yang saya kongsikan di bawah dirakamkan sepanjang perjalanan kami dari Rapid City ke Billings.



Antara makanan ringan yang sentiasa ada di dalam kereta kami.


Sekiranya salji tebal, lebuhraya ini akan ditutup. Lampu di atas papan tanda akan bernyala dan mengarahkan pengguna lebuhraya untuk menggunakan jalan alternatif yang lain.






Kami melihat gunung ganang diseliputi salji bermula dari sini sehingga berjam-jam lamanya.


Pemandangan indah yang tidak menjemukan.






Perjalanan kami masih ditemani gunung ganang yang mendamaikan mata memandang.






























Sudah menjadi kebiasaan melihat penduduk tempatan yang ingin menumpang kenderaan sesiapa sahaja yang mereka tidak kenal. Demi menjaga keselamatan, kami tidak pernah menumpangkan mereka.


Jumlah masa pemanduan pada hari ini yang dikira bermula selepas daftar keluar hotel di Rapid City, kemudian singgah ke Tugu Peringatan Mount Rushmore serta Pusat Pelancongan Wyoming dan sehingga tiba di hotel di Billings ialah 10 jam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment