Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Ini ialah bahagian terakhir entri mengenai ulang tahun ke-10 mendaki Gunung Kinabalu. Untuk mendapatkan artikel penuh kesemua bahagian 1 dan 2, sila ikuti alamat di bawah;
Bahagian 1
http://sharery.blogspot.ca/2016/12/ulangtahun-ke-10-mendaki-gunung.html?m=1
Bahagian 2
http://sharery.blogspot.ca/2016/12/ulangtahun-ke-10-mendaki-gunung_23.html?m=1
20 SEPTEMBER 2006
Sebelum meneruskan perjalanan turun, saya singgah sebentar di Laban Rata untuk menukar pakaian dan bertemu semula dengan Sue.
*sila abaikan kesilapan tarikh di dalam semua gambar*
|
Kilometer 6. |
|
Mengambil gambar kenangan di Laban Rata. |
|
Pemandangan yang sangat menenangkan minda. |
|
Semasa hendak bersiap sedia memulakan perjalanan turun, datang pula perasaan sedih untuk meninggalkan Gunung Kinabalu. |
Semasa di dalam perjalanan turun, saya teruja mengambil gambar di lokasi-lokasi yang tidak boleh saya rakamkan gambarnya pada hari pertama kerana sudah malam. Tambahan pula cuaca hari kedua sungguh baik berserta terang benderang.
|
Selamat tinggal Laban Rata. |
|
Gambar terakhir kami berlatar belakangkan puncak gunung |
|
Saya dan Sue bergambar Fadzli, malim gunung yang menemani saya pada awal pendakian pagi tadi. |
|
Hampir tiba di kaki gunung. |
|
Gambar terakhir bersama ahli kumpulan asal kami. |
|
Cukup senang sekali mendengan deruan air terjun. |
|
Akhirnya selamat tiba di Pondok Timpohon. Di sinilah pintu masuk atau tempat permulaan pendakian. |
|
Setiap tahun akan diadakan pertandingan mendaki Gunung Kinabalu. |
|
Gambar ini sepatutnya dirakamkan pada hari semalam tetapi oleh kerana kami kesuntukan waktu dan ditambah pula dengan hujan, maka saya membatalkan hasrat itu. |
|
Menanti pengangkutan untuk pulang ke Kota Kinabalu. |
|
Gunung Kinabalu sudah dilitupi oleh awan tebal. |
|
Di dalam perjalanan pulang kami kenempuhi salah sebuah perkampungan kecil. |
21 SEPTEMBER 2006
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. |
|
Saya pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya. |
|
Pemandangan pulau-pulau di Sabah yang dirakamkan dari pesawat MAS B737-400. |
|
Pemandangan pulau-pulau di Sabah yang dirakamkan dari pesawat MAS B737-400. |
Rumusan Keseluruhan
Satu kejadian mistik berlaku terhadap Sue yang telah diceritakan oleh beliau kepada saya sebaik pulang dari mendaki. Di dalam kepekatan malam untuk menghabiskan sisa pendakian hari pertama, Sue telah dikendong oleh Pakcik Jomius sehingga ke Laban Rata. Semasa berhenti sebentar di satu perhentian, Sue telah nampak kelibat 'seseorang'. Saya teringat yang Sue ada menghalakan lampu suluh ke satu arah yang berdekatan dengan saya iaitu lebih kurang 20 - 30 meter di hadapan Sue dan Pakcik Jomius. Rupanya beliau menyuluh 'seseorang'. Melalui entri bahagian pertama saya ada menceritakan pengalaman saya mendaki pada waktu malam. Tidak ada perasaan takut ketika itu. Tumpuan saya hanya untuk cepat sampai ke tempat penginapan.
Melalui maklumat yang saya perolehi, laluan naik ke puncak sememangnya sangat 'keras' kerana sudah terlalu banyak kes kematian berlaku. Saya juga pernah ternampak pengusung pesakit tanpa roda yang diletakkan di atas bumbung pondok di salah sebuah perhentian di laluan naik ke puncak.
Syukur kerana saya diberikan tenaga serta kesihatan yang baik dan selamat tiba di kaki gunung/ Pondok Timpohon tanpa sebarang masalah selepas mengambil masa lebih kurang lima jam untuk turun dari Laban Rata (berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar). Rakan saya, Sue juga tidak mengalami masalah semput. Kesihatan beliau jauh lebih baik dari hari sebelumnya. Pendek kata saya masih rasa cergas dan bertenaga selepas meninggalkan Taman Kinabalu. Saya yakin faktor utamanya ialah datang dari fikiran yang positif serta sentiasa ceria.
Jika ada di antara anda yang mengenali atau terjumpa malim gunung Pakcik Jomius dan Fadzli, sila sampaikan salam kepada mereka. Anda boleh tunjukkan gambar saya bersama mereka di dalam blog ini untuk mengingatkan kembali kenangan sepuluh tahun lalu.
SEPTEMBER 2016
Sepuluh tahun kemudian, walaupun sudah berkarat tetapi kad nama pendaki Gunung Kinabalu tetap akan saya simpan sampai bila-bila. Sijil Pengiktirafan tidak dapat dikongsikan di sini kerana ia disimpan elok di rumah ibu saya di Malaysia. Di dalam keluarga, saya merupakan insan kedua berjaya menakluki Gunung Kinabalu. Abang saya telah mendaki beberapa tahun sebelum giliran saya manakala anak saudara pula mendaki baharu beberapa tahun lalu.
|
Kenangan paling indah sepuluh tahun yang lalu. |
Entri mengenai tips mendaki akan disiarkan tidak lama lagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
No comments:
Post a Comment