Sekali lagi ingin saya ucapkan Salam 2017 kepada para pembaca sekalian. Pada 1 Januari yang lalu saya dan suami menyambut tahun baharu di Seattle, Washington. Kami menyaksikan pertunjukan bunga api yang diadakan di menara Space Needle yang juga merupakan ikon terkenal bandar ini.
Berdiri selama satu jam dengan cuaca yang amat baik suhu sekitar 2 darjah Celsius semata-mata ingin mendapatkan tempat yang sesuai untuk merakamkan gambar bunga api adalah sangat berbaloi sama sekali. Sebaik sahaja selesai pertunjukan bunga api selama 15 minit, salji turun dengan lebatnya.
Oleh kerana saya lebih memberi tumpuan untuk merakamkan gambar, maka video pertunjukan bunga api ini dirakamkan penuh atas bantuan suami manakala susunan semula dan gubahan lagu diubah oleh saya. Semoga anda terhibur menonton klip video yang dibahagiakan kepada dua bahagian ini.
Video Bahagian 1
Video Bahagian 2
Video Bahagian 3 : Salji mula turun selepas pertunjukan bunga api.
Gambar pertama pada tahun baharu berlatar belakangkan menara Space Needle. |
Dengan pantas juga malam itu Seattle diliputi dengan salji. |
Kesesakan lalu lintas selepas pertunjukan bunga api. |
Di dalam perjalanan berjalan kaki pulang ke hotel. |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
salam ziarah & follow sis..
ReplyDeletecantiknya gambar2..sis guna camera ape ekk..? bertuahnyer dapat melancong tempat orang... hihi
Salam Julie ,
DeleteSelalunya bila ambil gambar bunga api, saya guna Canon dslr, tapi kali ni malas nak bawa sebab berat. Heheh, so saya guna Samsung digital camera. Untuk video pula semua dari Iphone 6. :)
Terima kasih sudi singgah blog saya. :)