Sunday, 26 February 2017

Pemanduan Dari Seattle ke Vancouver

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Demi mengelakkan dari kesesakan lalu lintas di sempadan antara Amerika Syarikat dan Kanada (kerana masih di dalam musim cuti dan perayaan), saya dan suami mengambil keputusan untuk pulang ke Vancouver agak lewat. Semasa di dalam perjalanan kami singgah untuk makan malam dan kemudian menyambung semula pemanduan yang mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.

Tidak banyak gambar yang dapat saya rakamkan sepanjang perjalanan kerana kami memulakan pemanduan dari Seattle pada sebelah petang. Walau bagaimanapun satu klip video di bawah merumuskan pemanduan kami termasuk dapat merakamkan video ketika berada di sempadan kedua buah negara sebelum urusan imigresen dilakukan.


Lebuh raya di Washington, Amerika Syarikat.





Kembali semula ke Kanada.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment